Friday, September 14, 2012

bread & butter pudding idaman

bismillahirrahmanirraheem..
assalamu'alaikum wrt wbt

puding roti ni pulak buat utk jamuan raya kelab ofis
amboi mak sedapnya.. terimakasih banyak2 dr.inahar!!
setakat puding roti yg saya dok cuba, yg ni lah yg paling best!
ramai yg pakat mintak resepi termasuklah budak2 laki :D
sebab tu saya letak nama puding roti idaman ;)
tambahan pulak teman ofis tlg buatkan kuahnya.. yummeh!


sumber: puan doc. inahar
  • 10 keping roti gardenia 
  • 500 ml susu uht@ fresh milk 
  • 300 ml whip@fresh cream - klu xde cream pn xpe ganti dgn susu tp rasanya ttp sedap.. 
  • 5 biji telur 
  • 100 gm gula castor <-- saya letak lebih kurang 1/2cwn
  • 30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)  <-- yg ni tak buat
  • 50 gm raisins <-- saya ganti dgn kurma
  • sedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai) <-- yg ni pun tak buat :p
  • butter (untuk disapu pd setiap keping roti) 
  • esen vanilla 
  1. Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.
  2. susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!) 
  3. bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 40-45 minit.(ikut oven masing2)


4 comments:

inahar ali said...

salam june ..mekacehh mencuba resipi akak nih..mmg akak pun x pernah tukor resipi puding roti yg lain sejak guna resipi yg ini..sedap kan!

mrs plain-june said...

saya pun takkan tukar resepi lain dah pasnih kak :D tengkiu banyak2.. barakatillah!!

CS said...

Assalam June
Nampaknya tersangat afdal I menyimpan resipi nih juga, hehe.. terima kasih to you n Doc juga.

Selama nih main campak2 aje (ada kala yummeh ada kala errk!).

Psst June, I terbaca abt your oven 'eco-oven' but could not link. Boleh ke tell me more abt it? Thanks in advance.

mrs plain-june said...

ops sorry abt the link kak cs. boleh refer kat page electrolux sini: http://www.electrolux.com.my/node37.aspx?categoryid=15627

Related Posts with Thumbnails