Monday, December 19, 2011

mina

Mina - hanya 3hari dalam setahun perkhemahan Mina dihuni manusia
itulah kata2 ustaz mohd. hasnil..
yang  berjaya menarik saya utk menghuni mina 
selama 3hari tasyrik - 11, 12 dan 13 zulhijjah


sepanjang di Mina, para jemaah digalakkan membanyakkan amal ibadat
berzikir, solat sunat, baca quran dan terjemahan/ tafsir, baca matsurat dan berdoa
kata ustaz hasnil lagi, set-kan target.. 
berapa juzuk alquran mahu dihabiskan
solat sunat jangan ditinggalkan
begitu juga amalan2 sunat yang lain..
cuba buat sehabis baik!

resepi mina ni pulak saya jumpa dalam blog masakan turki
setelah selesai ibadah haji, saya asik termimpikan turki 
mimpi disiang hari.. bukan sahaja tempat bersejarahnya..
makanan pun sama ditelek.. gigih mencari resepi makanan turki
resepi mina ni, sekali detelek2, ala-ala shepherd's pie
ada lapisan daging hancur, ada lapisan mashed potato, ditabur cheese
bezanya, lapisan bawah ada matzoh sheet
atau cuma lapis dengan roti bakar. 
it makes a difference!



lapisan bawah: 
  • 4 1/2 keping roti dibakar dan dipotong buang kulit tepi
filling:
  • 250g daging hancur
  • 1tbs butter
  • 1biji bawang merah, dihiris
  • 2biji bawang besar yg kuning, dipotong dadu <-- saya guna 1biji sbb budak2 x suka :|
  • 1ulas bawang putih, dihiris
  • 1biji cili cubannelle <-- saya hiris cili hijau
  • 1biji tomato, didadukan
  • 1tsp dry oregano
  • garam & serbuk lada hitam secukupnya
lapisan kentang putar:
  • 2-3biji kentang saiz sederhana, dibuang kulit dan didadukan
  • 1tsp butter
  • 1/4cwn susu panas
  • secubit red pepper <-- saya letak paprika
  • garam & black pepper secukupnya
topping:

  • 100g grated mozarella cheese

tatacara:
  1. panaskan oven 200C
  2. selek dasar pyrex (3L) dengan butter dan susun roti bakar diatasnya. 
  3. panaskan butter dalam kuali dan tumis bawang2 hingga layu. masukkan baki bahan2 filling dan masak dalam 4-5minit. pastikan jgn terlebih masak (tapi jgn la pulak sampai daging tak masak), nanti kering sangat. sebenarnya saya terlebih masak so, saya tambah air dalam 2sdb :D
  4. tuangkan bahan filling keatas roti bakar tadi.
  5. sementara tu, rebus kentang hingga lembut. tapiskan air dan masukkan semua bahan2 lain dan kemudian lecek2 semua sekali bersama2 kentang hingga hancur. ratakan keatas permukaan daging.
  6. tabur mozarella cheese atas permukaan kentang dan bakar sehingga permukaan kelihatan keperangan (saya bakar dalam 30-35min).

2 comments:

CS said...

Assalam June aka Hajah June :-)

Alhamdulillah, dah selamat kembali kepangkuan famili yang tersayang dan juga kami para blogger :-)

Have a nice day..

Unknown said...

waalaikumussalam kak cs. takyah la berhajah2.. segan ai.. :D
u too kak.. semoga sentiasa dirahmati Ilahi..

Related Posts with Thumbnails