Wednesday, September 21, 2011

kuah kastad istimewa

saya terpaksa derhaka kepada resepi & tajuk resepi
asal2nya koktail custard istimewa
tapi tiap kali buat asik lupa nk letak fruit koktail!
cik abe pulak lebih suka makan dgn fresh fruits..
dah terbiasa buat utk dia tiap kali berbuka.. cuma guna fresh fruits
tiba masa buat utk kawan2.. lupa terus fruit koktail 


sumber : K.Nor@SecubitGaram
utk resepi asal boleh rujuk link k.nor diatas



utk kuah kastad:
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cwn susu kotak (fresh milk atau low fat milk) <-- saya tambah ;)
  • 2 sudu besar tepung kastad (larutkan dlm sedikit air) <-- sukatan membukit. saya humban terus :p
  • 6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
  • 2 sudu kecil esen vanilla ~ k.nor letak 1 sudu jer <-- saya tak letak.
buah2:
terpulang nak guna buah apa pun boleh.. apa yg saya guna utk adunan diatas:
  • 1 biji pear
  • 2 biji kiwi
  • 2 biji plum
  • anggur - jumlah ikut dan jari memetik :p
cara2:
  1. Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
  2. Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
  3. Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
  4. Potong buah2 secara kiub. Simpan dalam peti sejuk sementara nak hidangkan.
  5. Masukkan buah2 kedalam kuah custard dan tambah ketulan ais. nak tambah fruit koktel pun boleh jugak ;)

nota:
cukup utk makan satu family 6orang, insyaallah.
kalau buat utk open house/ kenduri kecil2 dlm 30-40orang, sila ganda-3 resepi diatas
nak ganda 4 pun boleh sbb kuah kastad ni sangat laku!
konfem tak cukup semangkuk ;)


p/s: saya buat masa jamu kawan2 opis.. ramai yg mintak resepi ;)
      mekasih banyak2 kaknor!

4 comments:

zarin said...

kalau rajin buleh i buat ths coming saturday hikhik ;-)
kalau tk rajin taun depan lah i buat ye!

mrs plain-june said...

;)

rostina76 said...

salam jue..rajinnye ke dapur.almost everyday ada resepi baru ye ;)

mrs plain-june said...

Xdakla hari2 resepi baru ted... Dlm blog ni semua eksperimen yg related to baking ja.. Ju x cekap pun masak.. Seronok nk mencuba ja:D

Related Posts with Thumbnails