Tuesday, April 13, 2010

kek pisang lembab



saya jumpa resepi kek pisang lembab dari mybakingaddiction
apa yang membuatkan saya teringin sangat nak cuba..
cara pembakaran yang sangat2 berbeza!
dan juga.. buttermilk!!
i just love the magic of buttermilk!
antara kek yang paling sedap yang menggunakan buttermilk
ialah RED VELVET CAKE!

lari dari tajuk pulak
kek pisang ni dibakar pada suhu yang sangat rendah
dan kemudian terus di sejuk-bekukan
pelik! pertama kali jumpa kaedah ni
rasa tak sabar nak cuba
saya telah menseparuhkan resepi asal (pisang x cukup)
dibawah ini adalah resepi yang telah diseparuhkan
peralatan: mengikut separuh resepi, boleh guna bekas pembakar 9inci, mixer, 1 mangkuk kecil, 1 mangkuk sedang.
tahap: senang-sederhana
bahan2:
  • 3/4cwn pisang yang telah dilecek <-- saya guna pisang emas, 6biji
  • 1sdk jus lemon
  • 1 1/2cwn tepung
  • 3/4sdk baking soda
  • 1/8sdk garam (secubit)
  • 85gm butter (suhu bilik)
  • 2biji telur sederhana/ kecil
  • 1cwn gula
  • 1tsp esen vanilla
  • 3/4cwn buttermilk
tatacara:
  1. lecek pisang dalam mangkuk kecil. campurkan jus lemon dan gaul sebati (jus lemon akan mengelakkan pisang jadi lebam).
  2. sediakan buttermilk: 3/4sdb jus lemon dicampur kedalam 3/4cwn susu.
  3. panaskan ketuhar ke 135C dan gris bekas pembakar dgn butter & tabur tepung.
  4. campurkan tepung, baking soda dan garam dalam mangkuk sederhana.
  5. putar butter dan gula dalam mixer. masukkan telur satu per satu. masukkan vanilla.
  6. masukkan tepung dan buttermilk kedalam adunan butter secara selang seli: tepung-buttermilk-tepung-buttermilk-tepung.
  7. masukkan pisang dan gaul sebati.
  8. tuang dlm bekas pembakar dan bakar selama 45minit atau sehingga lidi yang dicucuk pada kek keluar dengan bersih.
  9. selepas keluar dari ketuhar, terus masukkan ke dalam freezer (sejukbeku) selama 45minit.
  10. selepas itu boleh disimpan didalam chiller.
verdict:
sangat lembab & basah!! tapi sedap!
umpama kek yang dikukus..
macam puding/ bengkang (bingka) pun ya jugak..

tetapi, hanya orang yang suka pisang yang boleh makan kek ini..
sebab sangat terasa ke'pisang'annya..

bos saya, orang bangladesh.. sangat suka kek ni :D
bos sorang lagi siap mintak resepi :p

No comments:

Related Posts with Thumbnails