Sunday, April 1, 2012

basic bun

bismillahirrahmanirraheem..
assalamu'alaikum wrm wbt

bun ni dah buat laaama dah.. khamis lepas kot?
tapi sampai hari ni masih ada baki..
sedih betul bila buat something tp budak2 tak layan mana..
nak kata tak sedap.. sedap jek [mmg perasan pun but seriously mmg OK je]
tekak diorang nak yg berat2 terus. nasik. spegeti. nasik. pizza.
roti dan kek sgtlah kurang mendapat sambutan melainkan satu dua jenis
tapi sebab ummi diorang gian nk cuba resepi itu ini
sudahnya.. sedekah kat kawan2 opis..
timakasih geng sbb sudi makan :D


ireng! tapi sgt lembut dan gebush!


sumber: hanamemories
resepi asal: mamafami

Bahan-bahan
  • 500g tepung gandum@tepung roti
  • 100g gula
  • 30g susu tepung - abaikan jika menggunakan susu segar
  • 11g yis mauripan@sebungkus
  • 1sk garam
  • 1sk bread improver - optional
  • 1sk bread softener - optional
  • 80g butter@marjerin
  • 250ml air@susu segar
  • 1 biji telur - kacau sedikit

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  2. Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1.30jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  3. Bahagikan bulat2 kecil kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
  4. Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  5. Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

layan dengan eskrem pun sodapp!!!

bila buat roti malam2 ginilah jadiknya.. dah masuk oven pastu tidurkan sikecik.. dengan ummi dia sekali terlena sampai esok pagi! bila bangun tengok roti legam ya amat! adakah itu sebabnya budak2 taknak makan?? huhuhu..
anyhow, bak kata mamafami, this recipe is a definite keeper!

6 comments:

Sidratul Muntaha said...

dekat stgh kilo..
mahunya budak2 tu nak abiskan kak.
ank2 aku pun klu certain cake and biskut2 suka la.
klu roti..
kunyah2 lps tu campak.

somuffins said...

assalam June

Your roti ireng ke? ekekeke.. Gelak nih sbb suka you paham makna ireng..

Untung your officemate ..

mrs plain-june said...

ayu, masaklahnya.. muaz & luqman x sentuh langsung. nuha makan seketul, insyirah makan seketul. umminya makan berketul2.. itu yg semangat waja menambah ketulan lemak diperut nih.. :|

wslm kak cs. ehehe.. ireng tu belajar dari geng blogger masakan gak tu :D

rostina76 said...

Bukan xsedap tapi resepi lain yg umi buat lagi hebat & menarik.hehe!!!budak2 pun demand leni umi weh....nama dah basic, so jadi biasa la. dorg nak yg extra ordinary mcm resepi2 umi yg lain tu.hehe

ijayuji said...

Salam kak june! sedapppnyerrr kalau buat cicah milo dgn roti gemuk2 akak tuuu :D best resepi nii, mmg boleh simpan kalau nak buat basic doh mmg sesuwai sgt2.

mrs plain-june said...

ted, depa tekak melayu ted.. nasik je manjang! :|

wslm dik ija.. akak dah tulis atas papan hitam dah resepi ni. lenkali nak taruk inti coklat. harap2 mau lah budak2 tu layan..

Related Posts with Thumbnails