Thursday, March 22, 2012

chocolate banana muffins

bismillahirrahmanirraheem..
assalamu'alaikum wrm wbt

budak2 ni kan.. bila nampak pisang menjerit2 ummiii!! nak pisang!!!
macam tak pernah jumpa pisang setahun je gaya sorang2..
bila dah beli bawak balik.. makannya sorang seketul dua saja.
dah jemu buat cok-kodok.. ummi buat muffins la pulak
tapi muaz & nuha ja yg dapat makan..
sebab buat lepas abang & kakak pegi skolah.

hajatnya nk buat muffins macam sonia buat..
tapi lupa nk salin resepi.. ipad pun dah takdek..
laptop pulak dok kat atas.. malas nak naik turun..
so, bukak buku makcik nigella je lahh...



sumber: nigella's kitchen
  • 3biji pisang (kalau sukat dlm 1 1/2cwn)
  • 2biji telur
  • 125ml minyak
  • 100g gula perang
  • 225g tepung gandum
  • 1sdk baking soda
  • 3Tbs serbuk koko, diayak
  • chocolate chips <-- optional
  • 1tbs susu <-- saja tambah
  1. panaskan oven 190C. line bekas muffin dgn kertas muffin.
  2. lecek pisang sampai hancur. masukkan minyak, telur dan gula dan gaul sehingga sebati.
  3. satukan tepung, soda dan serbuk koko. masukkan kedalam adunan pisang. gaul sebati ala kadar (pelan2 je.. takyah kacau beriya sangat). masukkan chocolate chips & susu. gaul sebati.
  4. sendukkan adunan kedalam kertas muffin. tabur chocolate chips (terpulang) dan bakar selama 15-20minit.
tar-pau utk breakfast in office. konyang den! alhamdulillah..

saya buat separuh adunan, dapat 8 ketul muffins.
lepas ni kalau ada pisang lagi nak buat muffins sonia pulak ;)
insyaallah....

gambar akan di-upload malam nanti.. insyaallah..

9 comments:

somuffins said...

assalam June

*whisper* kita pun teruja gak tengok ms Sonia buat kapkek pisang, hehe.. Thot of baking it today tapi got errands to run pulak. Tengoklah ptg nanti kalau rajin tak zzzzzzz...

mrs plain-june said...

kikiki.. syyyhhhh... diam2.. nanti sonia dengar. hehe.. eh.. kak cs.. o kak.. laahh.. dah tido ke?

3E said...

Mrs Plain June....
eh!!! kebetulan pulak ya....I baked banana muffins for my sahur & breakfast & tapau utk anak2 ke sekolah....
mmmm, I love banana muffins....

mrs plain-june said...

mommy 3E, org kata apatu.. telepathy? ;)

Anie said...

Plain-June,

Sonia's punya banana muffins mmg tempting kan. Jannah tgk dia ckp, dia pun nak buat jugak...cuma at the moment I got no pisang ;)

mrs plain-june said...

ha... lepas ni turn jannah pulak posing bersama banana muffins :)

zarin said...

i baru tengok dak sonia wat muffin tu..uish i pun teruja nak wat jugakla arini..erkkk on 2nd thot..esok esok la wat..arini takdak pisang n takdak air lorrr

mrs plain-june said...

apsal takde air zarin?? it was last 2 weeks kan yg kecoh2 area selangor xde air..

zarin said...

my area je tkde air..syabas repair apa ntah..now back to normal dah

Related Posts with Thumbnails