Thursday, April 12, 2012

puding pelangi tak jadi

bismillahirrahmanirraheem..
assalamu'alaikum wrm wbt,

mak pesan suruh buat puding roti zebra utk kenduri nanti
saya teruja nk cuba puding roti pelangi kak azlita yg lawa
(puding lawa, tuan puding pun lawa!!)
tapi pelangi saya entah kemana.. xdak aghah sungguh!
malu nk tepek kat sini tapi nak rekodkan jugak..
utk kesenangan diri sendiri bila nak cari esok2 ni.. insyaallah..




sumber: kak azlita aziz fromintankitchen
yg kat bawah ni olahan saya sbb saya guna 1 peket agar2 serbuk
original resepi sila refer blog fromintankitchen
  • 1 peket agar-agar serbuk (11gm rasanya)
  • 2 1/2cwn air
  • 2biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 4 keping roti
  • 3 sudu gula <-- next time nk lebihkan 5sdb sebab tawar pulak rasanya
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh strawberry emulco 
  • Pewarna hijau, purple, kuning 
  1. Masak agar-agar dgn air dan gula hingga agar-agar dan gula larut
  2. Dgn menggunakan blender, kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
  3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi dan terus memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau hingga didih.
  4. Masukkan esen vanila. Biarkan masak seketika.
  5. Tutup api dan masukkan strawberry emulco. kacau rata.
  6. Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah diasingkan
  7. Baki adunan yang tidak diwarnakan tadi, di tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dahulu dengan air. Ketepikan
  8. Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan titiskan atas puding dalam loyang tadi secara berselang seli antara satu warna dengan warna yang lain.
  9. Buat hingga habis. Kemudian sejukkan.
tengkiu kak! puding ni sedap! mantap elok je.. cuma saya lupa nak lebihkan gula.. bahan lain dah dilebihkan.. tapi gula menten 3sdb.. manalah tak tawar heber! huhuhu.. takpalah.. sekurang-kurangnya boleh kurangkan risiko sweet-urine :D

8 comments:

KakAsma said...

June,
kadang tu tengok orang lain buat cantik kita memang teruja..tapi sebenarnya ini lah kemahiran kita,hehehhe try and error,baru yummykan..jadi yang ini boleh dijadikan panduan untuk kita dikemudian hari..

Nuwairani said...

assalam kak...kenapa kite tengok, cantik aje rupe puding ni...? ckp la buat pesen baru...takde org tahu pon...hihih...

Anie said...

Plain-June,

I compared mcm sama jer ur pudding dgn Kak Ita punya. Maybe warnanya tak sama....tapi tompok2 atas pudding mmg sama hehehez.

rostina76 said...

salam jue....cantik hang zoom lagu tu. xde nampak defect pun. bagi aku lawoo doh tu

Unknown said...

makasih kak asma.. insyaallah akan jadi panduan kemudian hari.

salam ira.. betullah kan ira. kena belajar think positive mcm ira!

anie.. malu aa.. bagai langit dgn bumi kalau kan compare dgn k.ita punya..

wslm ted..defect tu insyaallah takdak.. cuma x cun seperti yg ditiru. takpalah.. maybe i should say my style is different.. (stail sememeh! hehe..)

CS said...

assalam June

Style sememeh, style juga. Yg takde style langsung tak dapat makan, sob3 *I ler tu*.

Unknown said...

kak cs.. lain macam je ayat tu? hehe.. minggu ni tak berRJ dah ke?

CS said...

June
Jangaaaaan thebut huruf tu lagi, terkesima kang..

Related Posts with Thumbnails