Friday, January 28, 2011

CBBS & the MASTRADs!!

alhamdulillah.. finally its here!!!
sekian lama menunggu sampai naik saspen!
sampai terlintas pos opis or posmen curi! astaghfirullahal'azimm..
berdosanya diri ini berburuk prasangka! :(




thank you sis rima! am so delighted!
sayang pulak nak guna.. rasa mcm nak frame-kan pun ada! hehe..
anyway, i decided to share this present with kak shidah..
so that sama2 rasa happy! horayyy!!
nanti akak o-som nak pilih mana satu ye ;)

and this CBBS (chocolate bottom banana square).. dah lama kuidamkan..
cuma tunggu kemunculan banana je.. lambat betul nak muncul :p
ku menunggu bagaikan pungguk rindukan bulan!
2hari yg lalu, cik abe beli pisang yg sgt2 comel.. besar sikit je drp ibujari nih..
tapi tak laku pulak.. budak2 tu tak tergoda langsung!
kalau pisang berangan tu mmg sekejap je hilang dari pandangan..
(sampai kena sorok la kalau berhajat nak di'kek'kan)
sang ibu berasa sangat2 gumbira pabila pisang2 itu hampir tidak disentuh!
ini satu peluang baik.. memang pucuk dicita ulam mendatang ;)
maka, pada kamis malam jumaat, jam 9mlm, tamatlah riwayat pisang2 tersebut..
dan tercapailah hajat sang ibu nak menjamah CBBS ini..
alhamdulillah....

oh, nak baking kena ada alasan kukuh!
maka alasan utk CBBS ini adalah utk teman2 usrah :)
(pengganti diri sebab tapi tak dapat join usrah hari ini...)

dah berjaya rotate gambar! hoyehhhh!!!!!

sumber: anie of metearoha
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula <-- saya kurangkan 3/4cwn
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 cawan serbuk koko - hana buh 2sb je
  • 1 cawan chocolate chips dan kacang nibs
Cara-cara
  1. Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond/kacang nibs.
  4. Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square.
verdict:
saya memang peminat coklat + banana
maka.. verdict yg ditulis disini amatlah bias!
of course i like it soooo soooo soooo much!!!
nikmatnya makan chocolate+banana..
the texture is somewhere between cake & fudgy brownies
muchos gracias anie.. for sharing the recipe :)
ptg ni kena jogging 2km!!! :p

9 comments:

zarin said...

uwaaaaa! jelesnya ngan shidah..... ehehe bukan jeles ngan u :D

bagus arr u ni ada je alasan yg kukuh utk baking...hmmm i pun kena cari alasan gak arr sbb makin hari makin berat dah timbang tuh :D

CS said...

Salam

Kalau kita semua duduk dekat2, bila sorang buat kek, mesti dia bagi sikit2 sorang untuk merasa, kan? Tapi dah kat sini, kenalah rajinkan diri kalau tak leleh aje air liur kang..

Anie said...

Plain-June,

Adduusss silau mata tgk si pink2 tu semua...lucky u ;)

Akhirnya sampai jugak si CBBS ni dkt umah u ahakkkss. Tenkiu sudi cuba the recipe....jom kita gi jogging. Biler eh besok ke, lusa ke, minggu depan aja arh :pppp

Unknown said...

zarin.. i taknak jadi isteri durhaka.. cik abe tak bagi baking kalau setakat nak rasa or mkn sendiri.. itu pasal wajib ada reason ;)

wslm cik som. err.. betul ke panggil cik som ni? memandai jek.. tu la kan.. kalau dekat.. sorang buat semua boleh serbu pergi jadik tester..

hehe anie.. i hari2 dah jogging skrg ni.. tapi takat 1km je.. sgt semput!! itu yg berat tak turun2.. lemak2 berkirm pun cenggitu jek gayanya.. huhuhu..

Unknown said...

eh zarin.. i dah email kat u.. ada dpt tak??

zarin said...

tkde pun email frm u..eh ke i dah delete
u send to zarinbahrin@gmail.com
kan!

Unknown said...

ok. dah fwd semula email smlm. err.. cuba cek kat spam. ntah2 masuk spam? huhuhu..

Rima said...

Glad it got to u safely.. i also ade buruks prasangka pulak terhadap abg posto kita.. apa lah nak jadi cik Rima oiiii hahhaha

Sizuka said...

Ju, thank you so much for the mastrad. lepas ni memang kena merajinkan diri utk masak la nampaknya. :D

Related Posts with Thumbnails