Saturday, January 22, 2011

mini impossible quiche

hari tu tengok kak LG buat impossible quiche ni..
hari ni saya cuba buat utk dibawa ke potluck sekolah anak2..
buat kecil2 dalam muffin cups.. senang sikit nak pick&eat ;)




sumber: taste.com.au
bahan2:
  • 1sdb minyak
  • 1bijik bawang, potong halus
  • 2batang sausages, potong kasar
  • 1biji capsicum, potong kecik <-- guna cili idup jek
  • 1/2batang carrot, dipotong dadu kecil <-- saja tambah
  • 1sdb black pepper sauce <-- saja tambah jugek ;)
  • 3bijik telur
  • 1 1/2cwn susu
  • 1/2cwn tepung naik sendiri <-- saya guna tepung gandum + 3/4sdk BP + secubit garam
  • 1cwn grated cheese <-- saya guna 1/2cwn
  • salt & pepper secukupnya
tatacara:
  1. panaskan oven 200C. gris loyang quiche/ muffin (utk mini sizes)
  2. tumis bawang, masukkan sausages dan capsicum (dan carrot dan sauce) dan masak hingga lembut molek dalam 4-5minit. dah masak, tutup api dan biar sejuk sekejap dalam 5minit.
  3. gaulkan telur bersama susu dan tepung. masukkan cheese dan adunan sausages tadi. gaul sebati. perasakan dengan salt & pepper.
  4. tuang kedalam loyang dan bakar 45-50minit (utk loyang quiche); 20-25minit (utk muffin pan).


verdict:
sedap!! tapikan.. huduh bebenor rupanya! tak mantap & padat macam kak LG buat. kenape ye?? lepas keluar oven sekejap.. abih terpenyek2.. syahdu je tengok..sebab kurang cheese agaknya?? mujurlah rasanya yg sedap tu boleh mengubat duka. cewah! 

2 comments:

lemongrass said...

Hi June,
thanks for trying this recipe. Maybe sbb in small pans ke jadi terpenyek mcm tu or terlebih baking powder so it rises a lot dlm oven but deflated bila keluar?

mrs plain-june said...

oh yeke kak? terlebih baking powder bleh jadi gitu ek? i think i'll try it again in normal big pan.. with the right amount of bp & enough cheeses :) thanks kak LG!

Related Posts with Thumbnails