Wednesday, January 12, 2011

lasagne - the cheese sauce

mulai awal tahun 2011
saya buat jadual menu makan malam dengan anak2
seminggu 2 kali makan pasta (selang seli dengan nasi)
permintaan khas anak teruna gebu,
seminggu 1 kali makan lasagne
makin gemukla ummi nak oiii!!

dah banyak kali buat lasagne
tapi belum dapat teknik buat bechamel sauce yang mudah
yang tak berketul2.. dan santek je kelikatannya
ada juga yang sebut bechamel sauce.. ada yang panggil white sauce.. sama ja rasanya?
alhamdulillah.. semalam dah berjaya..
kena tulih kat sini supaya tak lupa!
(ya.. saya melayu yang mudah lupa.. tapi bukan lupa diri ye tun M!)

saya cuba ikut teknik dalam exclusivelyfood
boleh tengok gambar2 step by step dalam tu..

sumber
lasagne cheese sauce
bahan2:
  • 3sdb (45g) butter
  • 1/2cwn tepung <-- kena kurangkan nih.. maybe 1/3cwn ke.. sbb pekat sangat :(
  • 1 1/2cwn susu
  • 1/4sdk serbuk pala <-- tak letak pun takpa
  • 1/3cwn grated parmesan cheese <-- saya letak cheddar
  • salt & pepper secukupnya
tatacara:
  1. cairkan butter dalam kuali leper. bila dah semua cair, masukkan tepung dan gaul sebati sambil kacau2 (dalam 2-3minit) hingga buih2 kecil kelihatan.
  2. bila dah berbuih, jauhkan kuali daripada api. tuang susu kedalam adunan butter+tepung dan terus kacau hingga sebati.
  3. letakkan kembali kuali keatas api dan terus kacau hingga adunan jadi likat (dalam 5-7minit).
  4. tutup api dan masukkan serbuk pala, cheese, salt & pepper dan gaul sebati. 
nota:
  1. bahan2 diatas cukup utk loyang bersaiz 8x8, 2kali lapis
  2. kalau tak letak cheese pun boleh.. jadik white sauce ;)
  3. cheese sauce ni sebaiknya buat akhir sekali, lepas buat meat sauce.

3 comments:

Sizuka said...

ju,

i always take the easier way out. kalau the bechamel sauce berketul bila dah tuang susu, just masukkan dalam blender. then tuang balik dalam periuk. voila! u'll get a nicely creamy sauce :D

mrs plain-june said...

saya sgt tak rajin nak guna & basuh blender :p

Anie said...

Plain-June,

Waaahh best ada resepi white sauce dkt sini. I baru nak googled for resepi sbb I nak buat sauce ni for smoked fish pie lah. Tgh tunggu smoked fish dulu....kawan dah janji tapi blum sampai2 lagi.....

Related Posts with Thumbnails