Friday, January 7, 2011

carrot pineapple cake haluss

since i decided to reduce the baking frequency..
segalanya jadi huru-hara.. segalanya serba tak menjadi..
buat kek yang simple pun rasa x best!
buat muffins pun tak cukup masak!
malam ni buat carrot cake lupa letak walnuts!
haisshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......

anyway, back to the cake..
boleh agak tak kenapa ada perkataan haluss tu?

video

hehe.. it means botak lorrr :p
teringat kat anak sedara nun jauh di perlis..
kalau tengok orang botak je sure dia buat aksi halusss... :))
wan adam rayyan.. bilakah kita bisa ketemu lagi??? ammati rindu kamu!



kek ni di'botak'kan atas permintaan teman sepejabat..
katanya the lecturers tak suka frosted cake
(depa tak suka makan kek yang manis2 la tu...)
so, haluss it is ;)

sumber: allrecipes
bahan2:
  • 2cwn carrot, disagat
  • 1tin nenas, ditapis dan dipotong kecil
  • 2cwn tepung
  • 2sdk baking soda
  • 1sdk baking powder
  • 2sdk serbuk cinnamon
  • 1sdk garam
  • 1 3/4cwn gula <-- saya letak 1cwn gula perang + 1/2cwn molasses
  • 1cwn minyak
  • 3biji telur, dipukul sedikit
  • 1sdk vanilla
  • 1cwn kelapa parut <-- dessicated coconuts
  • 1cwn walnuts, dipotong kecil <-- cek lupa la!! :(
tatacara:
  1. sagat carrot dan potong kecil nenas.
  2. panaskan oven 175C dan gris loyang 9x13 atau 2loyang 8inci bulat atau 1 loyang 9inci (kalau guna 1 loyang 9inci kena tambah masa pembakaran ~ dalam 1jam ++)
  3. gaulkan bahan2 kering dalam mangkuk besar: tepung, soda, baking powder, cinnamon, garam dan gula. buatkan macam telaga/ lubang ditengah2 adunan.
  4. tuang adunan basah: minyak, telur dan vanilla. gaul sebati.
  5. masukkan carrot, nenas, kelapa kering dan walnuts. gaul sebati.
  6. tuang kedalam loyang dan bakar 45-50minit.
nota:
sebab ketara sangat kebotakkannya.. saya tabur gula aising atas kek..
tapi bila sampai masa nak hidang/ jamu..
abih semua aising bak salju itu tak kelihatan..
maka, kembali botaklah ia.. halussss... :p



verdict:
alhamdulillah.. this simple & easy cake is pleasing to everyone :)
its moist awrite! but lacks crunchiness sebab lupa itu walnuts! {sigh}

No comments:

Related Posts with Thumbnails