Tuesday, April 20, 2010

simple tiramisu

saya buat tiramisu semalam..
sementara tunggu masa berbuka..
tapi dalam keadaan yang agak kalut..
dan over-confident!
sabaq ja la..
:(

kenapa over-confident?
sebab konon2 dah hafal bahan2 & steps..

pagi tadi saya potong tiramisu tu
untuk ambil gambar (dan ngap skali :p)
saya hairan.. kenapa tiramisu saya rasa cheesy sangat?
cheesy cream cheese.. bukanlah cheesy parmesan macam pizza tu..
barulah terlintas nak belek semula resepi..

waduh!! silap lagik!!
huhuhuhuhu..

kenapa saya boleh over confident?
sebab sangat senang! eksyennya!!! :(
dan juga dalam kepala sebenarnya dah set nk cuba resepi lain..
maka berlakulah kekeliruan dalam kepala nih

tapi bolehla nk makan.. boleh tahan jugak rasanya..
cuma tak boleh makan banyakla..
sebab cepat muak..
mana taknya..
resepi tulis heavy cream..
saya ganti dengan cream cheese!
tambah pulak memang dah ada mascarpone cheese!
huwaaarghhhhhhh!!!!!!!!!!


hasil potongan pertama. biskut tu meriah dengan kopi!


biskut yang ni malas mandi kopi :p
sila abaikan pinggan yang berlemoih itu

resepi dibawah ni adalah resepi yang betul..
yang saya tengok dalam bakingbites.com

peralatan: bekas yang agak dalam bersaiz 8x8 (saya guna pyrex mak saya ;)) & hand mixer
tahap: senang sangat2!
masa: tak sampai 30minit dah siap kemas tapi kena tunggu esok pagi baru boleh makan

bahan2:
  • 20ketul biskut savoiardi (separuh peket - 1 peket ada 40rasanya)
  • 1cwn atau lebih kopi pekat (saya campur 2sdb kopi hangtuah dengan 1/4 cwn air panas dan 1cawan air suam)
  • 250gm mascarpone cheese
  • 1cwn heavy cream <-- cemanala saya boleh baca cream cheese? mind trick nih!
  • 1/2cwn gula aising
  • 2tsp esen vanilla
  • serbuk koko secukupnya

tatacara:

  1. masukkan heavy cream, mascarpone cheese dan gula aising kedalam mixer. pukul sehingga betul2 sebati dan bila celup jari ada puncak (macam pelik ja ayat ni?)
  2. sementara tu, sediakan kopi. tuang kopi dalam mangkuk leper supaya senang nk mencelup biskut yang panjang tu.
  3. dah boleh mula susun: celup dan golek2 biskut kedalam kopi dalam 2-3 saat (kalau lama biskut akan lembik) dan terus susun dalam bekas. buat sampai penuh bekas (1layer saja)
  4. sapu adunan cheese tadi keatas biskut sampai rata.
  5. tabur serbuk koko (guna penapis teh/kopi dan ketuk2 sikit -- tak guna pun takpa tapi serbuk koko yang jatuh akan jadi tebal dan tak sekata)
  6. ulang langkah 3 hingga 5. biskut celup & susun 1 layer - cheese - serbuk koko.
  7. cover bekas dengan plastik (clingwrap) dan simpan dalam peti sejuk semalaman.

verdict:

walaupun salah bahan.. sedap jugek! kira macam cipta resepi barulah ni :p

nota:
kalau nak guna kek span pun boleh.. biasanya orang guna kek span kopi. tak perlu celup kopi dah.. nak celup pun boleh.. terpulang pada chef. tapi kalau yang jual kat kedai rasanya tak celup dah.. ish! tak pasti la..

kalau nak guna bekas besar yang panjang macam dalam resepi lama ni pun boleh.. tapi layer cheese akan jadi nipis sikit..

update:
saya dah cuba buat ikut resepi asal..
250gm mascarpone cheese + 1cup heavy cream
kemuakan sedikit berkurangan..
membuatkan tiramisu itu
sangat sedappppp!!!!!!!!!!!
3potong pun x cukup2 :p
naik lagila tahap kolestrol ku
:(

No comments:

Related Posts with Thumbnails