Monday, April 12, 2010

blondies



blondies ni adik beradik brownies
cuma satu cerah, satu lagi gelap
tapi brownies lebih popular

dari sinilah pertama kali saya jumpa resepi blondies
mengikut logik akal.. sepatutnya rasa lebih kurang sama
sebab beza hanya pada kehadiran coklat/ serbuk koko
tapi brownies sendiri ada banyak versi
ada yang rasanya lebih berat kearah kek
ada yang rasanya lebih ooey-gooey-chewy (liat tapi sedap?)
blondies yang saya buat ni adik beradik versi yang kedua

peralatan: tin 4segisama 8x8 atau 4segitepat 9x13 (gandakan resepi dibawah), 2 mangkuk besar, sudu kayu, pemukul telur (whisker)
tahap: senang

bahan2:
  • 1cwn tepung
  • 1sdk baking powder
  • 1/4sdk garam <-- dlm 2cubit
  • 1/2cwn butter (115g)
  • 1cwn gula perang
  • 1biji telur
  • 1sdk esen vanilla
  • 3/4cwn walnut <-- dihancurkan
  • 1/2cwn white chocolate chip (optional)
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C. lapikkan bekas pembakar dengan aluminium foil (saya cuma sapu butter & tabur tepung sahaja)
  2. gaulkan tepung, baking powder dan garam dalam mangkuk kecil
  3. cairkan butter (saya guna microwave ~ 40s) dan masukkan gula. kacau hingga gula larut.
  4. tambah telur dan esen vanilla. kacau hingga sebati. (masa ni guna whisker)
  5. masukkan tepung tadi dan kacau dengan sudu kayu hingga sebati.
  6. masukkan walnut hancur & chocolate chip. kacau sekata.
  7. tuang kedalam bekas pembakar & bakar 25-30min.
saya telah mengganda-duakan resepi tersebut dan menambah masa membakar ke 35min. hasilnya agak kering. mungkin terlebih bakar? tapi rasanya.. boleh tahan. cuma saya lebih suka brownies sbb saya suka coklat! :p

No comments:

Related Posts with Thumbnails