Wednesday, April 28, 2010

cocoa-nana bread

saya lupa mana saya jumpa resepi ni..
saya lupa kenapa saya nak buat kek-roti ni..
ghaflatun sungguh!


cemanala nak mekap kek coklat bagi lawa ek?


yang pasti.. resepi ni al-asal wal usul
dari puan dorie greenspan
saya tak kenal dia..
tak glamer macam puan martha stewart
tapi bukunya sama mahal!! lebih satu hatus!

geng2 baking blogger (majoriti bertapak nun di obersee)
ramai join TWD (Tuesday With Dorie)
saya tak join.. (cek malula!)
cuma saya suka sangat2
sebab boleh cuba resepi2nya! :D

peralatan: loaf pan 9x5 atau yg compatible 8x8 (nak guna 8x4 pun boleh.. nak guna muffin cup pun boleh tapi kena pepandai ejas masa membakar), hand mixer, mangkuk besar, sudu kayu
masa: 30min penyediaan, 1jam 15min pembakaran
tahap: senang-sederhana

bahan2:
  • 2cwn tepung serbaguna (gandum cap sauh pun bereh)
  • 1cwn serbuk koko separa manis (semi-sweet)
  • 1 1/2sdk baking powder (bp)
  • 1/2sdk garam*
  • 1/4sdk baking soda (bs)
  • 1/2cwn butter tanpa garam* (112.5gm)
  • 3/4cwn gula castor
  • 1/2cwn gula perang
  • 2biji telur gred A
  • 2biji pisang masak ranum (saya guna 4biji pisang emas yg cinoni)
  • 3/4cwn buttermilk
  • 3auns coklat masakan yang dicop atau 1/2cwn coklat-cip

*kalau guna butter biasa, garam secubit dah mencukupi

tatacara:

  1. sediakan buttermilk: 3/4sdb jus lemon atau cuka dicampur dengan 3/4cwn susu dan biar pada suhu bilik.
  2. panaskan oven 175C dan gris bekas pembakar
  3. ayak tepung, bp, bs, garam dan serbuk koko dalam mangkuk besar
  4. putar butter lebih kurang 1min dan masukkan gula castor & gula perang. pukul selama 2minit.
  5. masukkan telur satu demi satu dan pukul hingga betul2 sebati.
  6. masukkan pisang yang telah dilecek. pukul sebati.
  7. masukkan adunan tepung dalam 3 peringkat (nak bagi betul2 sebati).
  8. masukkan buttermilk tadi dan kacau dengan sudu kayu
  9. masukkan coklat
  10. tuang kedalam bekas dan bakar 30min.
  11. selepas 30min, tutup bekas pembakar dengan aluminium foil dan sambung bakar lagi 40-45min atau sehingga lidi yg cucuk keluar bersih (letih cek tunggu!).
  12. sejukkan dalam 15-20min dalam dulang pembakar baru keluarkan.

nota:

kena buat pagi2 nih.. baru sedap dimakan! saya buat malam2.. pukul 12tgh malam harum satu rumah!! bau macam bakery :p

verdict:

macam kurang kick! rasanya sbb serbuk koko saya unsweetened. mana nak cari serbuk koko yang semi-sweet aa??

update:

boleh tahan sedap.. sbb bila makan akan tergigit ketulan coklat.. perghh.. haven! bila dah habis baru terasa dimulut.. akan kepisangannya.. masa makan x terasa sgt..

No comments:

Related Posts with Thumbnails