Showing posts with label pandan. Show all posts
Showing posts with label pandan. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

kek pandan syawal di bulan syaaban

bismillahirrahmanirraheem..
assalamu'alaikum wrt wbt

kebiasaannya di awal pagi sebelum masuk opis saya..
saya akan lepak di dean's opis, di tempat kakpah..
sembang2.. belek2 majalah.. kunyah2..
pagi khamis yg lalu saya membelek majalah keluarga julai 2012
kulit luarnya gambar mawi & family
sampai di bahagian resepi, ternampak resepi kek pandan syawal
kakpah kata: nanti buatkan kek ni utk kakpah.
beres! tunggu saya beli santan kat pasar tani okeh!
tak payah tunggu syawal.. di bulan syaaban pun kita boleh buat :)
so, saya salin resepi atas kertas yg terselit dalam henbeg.
semalam bila nak buat.. sedikit konpius.. eh.. takdak butter! takdak minyak!
sambil berdoa.. saya bertawakkal 'ala Allah semata2..
alhamdulillah.. jadik molek ja :)
pagi tadi belek resepi sekali lagi.. snap teruslah!
ya. konfem apa yg saya salin tu betul..




kek ni rasanya sangat klasik!
macam bahulu yang sangat sangat lembut!
sudah tentu anak dara saya yg suka kek klasik suka :)

resepi dibawah ni ya..


bahan2:
  • 1cwn santan
  • 2 1/2 tepung gandum
  • 2 sdt baking powder
  • 1 1/4cwn gula <-- saya guna 1cwn shj
  • 4 butir telur
  • sedikit perisa pandan serta pewarna hijau <-- saya letak perisa sahaja.
tatacara:
  1. gris loyang dan alas dengan kertas baking. (saya rasa loyang 10inci sesuai dgn adunan ni. saya guna loyang 8inci 4segi + 4 ketul loyang 4segi kecik2) 
  2. ayak tepung bersama baking powder. (saya tambah secubit garam)
  3. satukan santan dan perisa pandan serta pewarna hijau.
  4. pukul gula + telur hingga kembang (sampai warna cream dan gebu)
  5. masukkan tepung dan santan secara berselang seli. cukup sekadar kaupbalikkan hingga sebati. (saya guna mixer pada kelajuan paling perlahan)
  6. tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 25minit atau sehingga kek masak. 


Thursday, August 12, 2010

pandan buns

air pandan belen buat chiffon cake dulu masih berbaki..
masa dok belek2 resepi roti dalam jintanmanis.com hari tu
jumpa resepi bun pandan.. terus terdetik nak mencuba..

baki yg tinggal.. breakfast utk sikecik










 
bahan2:
  • 250g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 2sdb marjerin
  • 140ml air suam/ susu segar
  • 1 biji telur - tinggalkan sedikit utk glis
  • 2sdb gula
  • 1/2sdk garam
  • 1sdk yis
  • 1sdk bread improver/ dough softener
  • sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan
tatacara:
  1. masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari (saya guna mixer & uli 20minit pada kelajuan perlahan). kemudian perap sehingga dua kali ganda.
  2. selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. bahagikan adunan pada 16bahagian dan biarkan lagi selama 8-15minit.
  3. akhir sekali, masukkan inti kaya dan tutup doh (saya masukkan 3 ketul sbb tensi dgn kaya dlm tin yg terlalu cair!), rehat lagi selama 40minit atau sehingga naik 2kali ganda. glis permukaan roti dengan sedikit *telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180C selama 20minit.
*dalam nota roti jintanmanis, telur ~ 1/4biji, susu 1sdk, madu beberapa titik.

verdict:
saya ada tersilap step.. yang masukkan kaya tu.. tak biar dia rehat.. terus masukkan. mmg fail!
tapi roti tetap lembut & anak2 suka sangat! yang takdak kaya, diorang cicah sendiri dengan kaya..

Thursday, July 15, 2010

pandan chiffon cake

puas saya mencari resepi
yang menggunakan air pandan
tapi yg jumpa.. jus pandan dan hanya guna 1/2tbs
saya rasa itu bukan air pandan
ada pulak yg guna 8tbs air pandan
ada kelogikan disitu
tapi bila cari semula.. tak jumpa!!

maka saya terpaksa merekacipta resepi sendiri
yang diadaptasi dari beberapa resepi..



peralatan: mangkuk besar, mixer, loyang tube 26inci
tahap: sedang (kalau kena asing telur mmg bukan senang dah bg saya :p)
masa: penyediaan ~ 30minit, pembakaran ~ 35minit.

bahan2:
bahan A:
  • 6biji kuning telur (gred A) <-- saya guna 7 biji.. cik abe beli gred C kot? sgt cinoni!
  • 1/2cwn gula
  • 100ml santan <-- saya guna santan kotak
  • 70ml air daun pandan
  • 1/4cwn minyak sayur
  • 1 3/4cwn tepung naik sendiri, diayak
  • 1sdt pewarna hijau
bahan B:
  • 6biji putih telur
  • 1/2tsp cream of tartar
  • 3/4cwn gula
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C. loyang tube jangan di gris!! kalau gris kek tak boleh panjat (tak naik).
  2. dalam satu mangkuk besar, satukan kesemua bahan A dan kacau guna whisker.
  3. untuk bahan B, dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan cream of tartar. masukkan gula sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kental.
  4. kaupbalikkan bahan B (putih telur) kedalam mangkuk A sedikit demi sedikit dengan perlahan-lahan. jangan sampai poket2 udara pecah.
  5. tuang ke dalam loyang dan bakar selama 35minit.
  6. dah masak, keluarkan dari oven dan tonggengkan loyang.. biar dalam keadaan begitu hingga kek sejuk.
nota:
saya guna loyang non-stick (sapa la ajaq suruh beli tube pan non-stick ni??) yang boleh dibuka dasarnya. dan kek saya sgt lembut! makanya.. bila saya tonggengkan loyang.. slps 5minit, kek terjun kebawah!!
saya rasa saya kena tambah jumlah tepung.. mungkin jadi 2cwn.. dan saya lupa nak letak garam secubit.. walhal dah memang plan :<

verdict:
kek sangat2 lembut!! kurang manis.. & budak2 sangat suka!
tapi rasa mcm ada yg tak kena.. apakah efek daripada ketiadaan garam?
hah! kawan saya kata terlebih santan! of course! santan kotak itu sgt pekat! saya patut campur dgn air dulu! ok ok.. saya akan buat sedikit modifikasi dari resepi ni:
  1. tambah tepung = 2cwn
  2. kurangkan santan, tambah air tp jumlah ttp sama = 100ml
  3. secubit garam
Related Posts with Thumbnails