masa dok belek2 resepi roti dalam jintanmanis.com hari tu
jumpa resepi bun pandan.. terus terdetik nak mencuba..
baki yg tinggal.. breakfast utk sikecik |
bahan2:
- 250g tepung roti
- 50g tepung gandum
- 2sdb marjerin
- 140ml air suam/ susu segar
- 1 biji telur - tinggalkan sedikit utk glis
- 2sdb gula
- 1/2sdk garam
- 1sdk yis
- 1sdk bread improver/ dough softener
- sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan
- masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari (saya guna mixer & uli 20minit pada kelajuan perlahan). kemudian perap sehingga dua kali ganda.
- selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. bahagikan adunan pada 16bahagian dan biarkan lagi selama 8-15minit.
- akhir sekali, masukkan inti kaya dan tutup doh (saya masukkan 3 ketul sbb tensi dgn kaya dlm tin yg terlalu cair!), rehat lagi selama 40minit atau sehingga naik 2kali ganda. glis permukaan roti dengan sedikit *telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180C selama 20minit.
verdict:
saya ada tersilap step.. yang masukkan kaya tu.. tak biar dia rehat.. terus masukkan. mmg fail!
tapi roti tetap lembut & anak2 suka sangat! yang takdak kaya, diorang cicah sendiri dengan kaya..
No comments:
Post a Comment