sebab nak habiskan whipping cream..
tapi tepung kek xdak stok kat bagus
tadi mengemas lemari barang2 dapur
jumpa separuh peket tepung kek! yay!
segera saya execute pembuatan roti ni
bekalan untuk sahur nanti :)
sumber resepi: angie's recipe
bahan2:
- 540g tepung high protein (tepung roti)
- 60g tepung low protein (tepung kek)
- 10g yis kering
- 30g susu tepung
- 80g gula
- 9g garam
- 1biji telur
- 250g fresh milk
- 150g whipping cream
- campurkan semua bahan2 dalam mixer. pastikan yis tidak bercampur dengan gula dan garam untuk mengelakkan dehydration.
- uli hingga doh jadi elastik dan non-sticky dan tidak melekat pada dinding mangkuk mixer (saya uli dalam 20minit pada kelajuan perlahan).
- tutup dengan tuala basah dan biarkan doh rehat 60minit hingga naik 2x ganda.
- tumbuk perlahan2 untuk keluarkan angin. bahagikan kepada 4bahagian dan bentukkan menjadi bulat. rehatkan lagi 20minit.
- roll panjang dan gulung dan letak dalam loyang roti 13x13x12cm (saya ada 9x5inci saja jadi dapat letak 3roll saja. lagi satu roll masuk loyang 8x4. part roll & gulung saya gagal!! huduh bonar rupanya!)
- biarkan doh naik 2/3 loyang. sapu permukaan doh dengan egg wash atau susu (saya guna susu+madu sikit).
- bakar dalam oven yang dah dipanaskan 170C selama 40minit.
cik abe & abah kata macam roti tu sakit gigi :( |
tapi bila belah.. jadik je.. lembut plak tu ;) |
No comments:
Post a Comment