Saturday, August 7, 2010

moist apple cake

dulu pernah buat kek apple.. tapi tersilap baca ingredient..
hasilnya.. terlebih soda! x shedapp!!!
kali ni terai resepi lain pulak.. dari blogresipi.com
lawa kek apple dia.. lawa2 gambaq2 dia!

saya buat semalam utk ibu mertua & adik ipar
ada adunan lebih.. (sebab saya guna loyang kecik)
so.. saya letak dalam muffin case
jadikla mini apple cake ;)










bahan2:
  • 1 1/4cwn gula (asingkan 1cwn utk kek, 1/4cwn utk apple)
  • 1/2cwn minyak sayuran (saya guna minyak jagung)
  • 1sdk esen vanilla
  • 200gm cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
  • 2biji telur gred A
  • 1 1/2cwn tepung (saya guna tepung naik sendiri)
  • 1 1/2sdk baking powder (tak letak sbb guna tepung naik sendiri)
  • 1/4sdk garam (tak letak jugak)
  • 2sdk serbuk kayu manis
  • 3cwn apple (saya guna 4biji apple comel)
tatacara:
  1. potong apple kecik2 (cube atau nipis2.. terpulang) dan gaulkan bersama 1/4cwn gula dan 2sdk serbuk kayu manis. ketepikan.
  2. panaskan oven 175C dan gris loyang springform 9inci.
  3. pukul 1cwn gula, minyak, vanilla dan cream cheese hingga sebati.
  4. masukkan telur sebiji demi sebiji.
  5. gaul bahan2 kering: tepung, baking powder dan garam dan masukkan kedalam adunan basah tadi. gaul sebati.
  6. masukkan apple tadi dan gaul. tuang kedalam loyang.
  7. bakar 1jam 15minit. selepas 1jam, boleh tutup loyang dengan aluminium foil utk elak warna perang yg berlebihan tapi kalau suka boleh biar begitu saja..
verdict:
memang moist! saya suka!!!! (haha! saya ni semua pun suka! bak kata orang.. tolak batu kayu ja :p)

No comments:

Related Posts with Thumbnails