Thursday, August 26, 2010

roti paun

alhamdulillah.. dah lebih separuh ramadhan...
esok adalah hari nuzul quran..
apa aktiviti kita??

sementara fikirkan aktiviti..
saya kongsi resepi roti paun yang buat petang tadi
khas untuk bekalan sahur ibu mertuaku
(tapi cucu kecik dah kidnap seketul :p)

dah ramai blogger yang cuba..
dan semua puas hati dengan hasil resepi tersebut
saya ikut dalam ros jintanmanis.com

weehu! (jakun tak sudah tgk roti menjadi :p)











bahan2:
  • *300 gm tepung
  • *80 gm gula ( ros kurangkan jadi 60 gram je)
  • *20 gm susu tepung ( ros tambah jadi 40 gram)
  • 1 biji telur (saiz AA)- ( ros guna telur saiz M)- tinggalan sikit untuk gliss pada roti nanti.
  • 1 camca teh yis (campurkan dengan 1/2 cawan air suam)- ros guna yis mauripan dan tak campur air
    ( ros tambah 100ml air suam 50 ml susu segar)
  • 1 camca besar majerin
  • 1/2 camca teh pelembut roti (bread softener)
  • sedikit bread improver ( ros letak 1/2 camca teh)
3 bahan bertanda * saya timbang sekali harung.. = 400gm semuanya.
( untuk gliss tu ros ambil lebihan telur+dua tiga titik madu dan 1 sudu susu segar) salah satu tips untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat dan cantik. Bila dah masak tu tak perlu lagi digliss dengan marjerin. : )

tatacara:
  1. Mula-mula, tepung + gula + susu tepung + bread improver , gaul biar bercampur, kemudian lubangkan tengah dan masukkan telur.( ros masukkan semua bahan dalam Bread Maker je, dan tunggu sampai siap)
  2. Masukkan majerin dan gaul rata, selepas itu masukkan yis, bread softner dan uli hingga lembut dan elastik.
  3. Perap doh dan biarkan naik naik dua kali ganda, kemudian tumbukkan-tumbukkan, keluarkan angin, akhir sekali bentuk-bentukkan doh menjadi 16 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan loyang bulat, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan roti dengan baki telur yang dicampur madu dan susu tadi, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehigga permukaan roti perang.
  4. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Selamat Mencuba.
nota:
saya kopipes sebijik2 ayat ros jintanmanis. takut silap cerita plak.. kang jadik ajaran sesat!
saya guna mixer utk uli roti.. masukkan semua bahan kecuali marjerin dan bread improver.. uli sebati dalam 5minit pada kelajuan perlahan baru masukkan marjerin & bread improver. sambung uli lagi 15minit sampai elastik. baru saya bentukkan bulat dan perap dalam mangkuk sampai naik 2x ganda.

verdict:
lembuuuutttt!!! lemak2 gitu.. sedap!
esp. bila makan panas2.. cicah kopi panas! haven!
memang sangat puas hati dapat buat roti sendiri :)

p/s: bila nak mula buat sekuk raya ni?? tak sampai2 seru langsung! :(

No comments:

Related Posts with Thumbnails