atas permintaan cik abe untuk sahur
katanya.. boleh buat tak roti panjang macam kat delifrance tu?
crusty outer, chewy inner. yay! |
sumber resepi: chef nermala
bahan2:
- 10g yis (kalau peket tulis 11g, guna semua sekali)
- 1sdb gula
- 1sdb madu
- 500ml air suam (tak suam sangat.. cuma jgn air sejuk je)
- 800g tepung roti
- 200g tepung gandum
- 1 1/2sdt garam
- utk glis: putih telur + 1sdb air + secubit garam
- campurkan yis, gula dan separuh air (250ml) dengan whisker dan biarkan hingga berbuih dalam 5minit.
- masukkan bahan2 lain: baki air, madu, tepung dan garam dan uli doh hingga lembut. (saya guna mixer. kalau guna tangan kena ada tukang urut lepas buat roti ni :p)
- bulatkan doh dan rehatkan doh dalam bekas yang dioles dengan sedikit minyak selama 1 1/2jam hingga 2jam.
- selepas doh rehat, tumbuk doh perlahan2 untuk mengeluarkan angin dan bentukkan doh panjang2 (saya bahagi 4 bahagian sebelum membentuk doh).
- sapukankan doh yang dah siap dibentuk dengan tepung dan letak dalam dulang yang dioles minyak. biar doh rehat lagi 1jam.
- kelarkan bahagian atas doh dan glis permukaan doh dengan bahan2 glis.
- bakar pada suhu 220C selama 25min. (boleh kurangkan suhu ke 210C pada 10minit terakhir jika bahagian atas roti terlalu keperangan)
- letakkan sedikit ais didalam oven untuk mendapatkan crust yang rangup.
sebenarnya nak buat separuh adunan.. tapi dah terlajak terjunkan semua yis.. itu yang saya bahagi 4 ketul.. dan 3 ketul lupa nak kelar! hahaha.. dalam gambar atas tu konon2 paling lawa utk posing :p
dah siap buat baru sempat nk godek2 teknik shaping baguette.. kat sini ada teknik utk memanjangkan roti tu.. dengan cara lipat & ketam dan lipat & ketam. kena tengok baru faham ;)
nak kena cuba nanti!
verdict:
tak sebijik macam delifrance sbb tak cukup keras kulitnya.. dan lembut isinya.. nak kena belajar teknik yang betul! aja aja fighting!
No comments:
Post a Comment