Sunday, August 1, 2010

vanilla muffins ala kenny rogers

pagi2 bangun dah semangat nak buat muffin kenny rogers
sebab tergoda tengok vanilla muffins mamafami jumaat hr tu..
cantik betul muffinsnya..

sebelum ni dah cuba buat vanilla muffins.. resepi dari myresepi.com
yang lawaknya.. tengah dok update blog ni baru sedar
la hai.. sama resepi rupanya! hahahaha...
cuma yang lainnya.. muffins kali ni naik gebush
sebab lebih baking powder ;)

masa pembakaran tulis 400F ~ 205C
saya buat 200C.. kulit luar jadi kering & keras sikit
ada baki lagi sikit.. saya bakar 180C.. mm.. just nice

sedap pulak makan dgn jem stoberi ;)











bahan2:
  • 4cwn tepung
  • 2cwn gula
  • 1sdb + 2sdk baking powder
  • 1/8sdk garam (secubit)
  • 2cwn susu
  • 2biji telur gred A
  • 1sdb vanilla
  • 8sdb butter (120gm), dicairkan
tatacara:
  1. panaskan oven ke suhu 205C (oven saya cukup setakat 180C). 
  2. dalam mangkuk besar, gaulkan bahan2 kering: tepung, gula, baking powder dan garam.
  3. dalam mangkuk sedang, satukan bahan2 basah: susu, telur, vanilla & butter cair.
  4. masukkan bahan2 basah kedalam mangkuk bahan2 kering dan gaul sebati (jgn terlebih pukul sbb nnti muffins keras).
  5. sendukkan kedalam acuan muffins dan bakar selama 20-25minit.
verdict:
kali ni buat ada jugak rasa mcm kenny rogers.. tapi kenny rogers punya lagi lembut!! saya terlebih pukulkah?? haishhhh!!!!!


No comments:

Related Posts with Thumbnails