Tuesday, August 17, 2010

roti burger

cik abe memang jarang bersahur dengan nasi
asik ulang fish&chip, roti bakar dan burger saja
tapi burger dilapik dengan roti gardenia
kesian pulak tengok..

semalam lepas asar terus godek2 dapur
satukan semua bahan2 roti dalam mixer
pusing dekat sejam tapi doh masih lembik!
saspen sungguh!

sumber: jintanmanis.com

bahan2:
  • 250g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 2sdb gula
  • 1sdk garam
  • 2sdb susu tepung
  • 1 1/2sdk yis
  • 1 biji telur (tinggalkan sedikit untuk gllis)
  • 100ml susu segar
  • 60ml air suam
  • 2sdb mentega ~ 30g
tatacara:
  1. campurkan kesemua bahan (dan pukul dengan kelajuan perlahan) kecuali mentega hingga menjadi doh.
  2. kemudian masukkan mentega dan uli lagi hingga doh menjadi licin dan lembut. perap doh selama 1jam.
  3. selepas doh diperap, (tumbuk perlahan2 supaya angin keluar) uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka (saya timbang ~ 70g dan dapat 8biji)
  4. atur roti kedalam loyang empatsegi yang telah dilengserkan dengan mentega (saya penyekkan supaya menjadi leper). perap sehingga roti naik 2kali ganda.
  5. panaskan ketuhar ke 180C. sapukan roti dengan glis (baki telur+1sdk susu+beberapa titis madu) dan tabur bijan (saya takdak stok bijan :( ) di atas doh. bakar selama 18-20minit atau sehingga kekuningan.
  6. bila roti telah masak, keluarkan dari oven dan glis dengan mentega cair (lupa sokmo part ni!)
*tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti

verdict:
sukahati sungguh bila roti menjadi! alhamdulillah...
lagi sukahati bila tengok cik abe & anak teruna kenyang makan burger sahur tadi :)
terimakasih puan ros jintanmanis.com!

burger versi abahnya.. (penuh sayur2)
burger versi anaknya.. (botak :p)

No comments:

Related Posts with Thumbnails