Tuesday, June 7, 2011

japanese milky madeleine

kalau french madeleine = bahulu matsaleh,
yang ini pulak bahulu jepun ;)

masa mula2 jumpa resepi ni rasa tak sabarnya nak buat
tapi bila belek betul2 tatacara pembuatan..
terasa macam.. aih.. renyahnya! (dasar pemalas :p)

smlm sebelum tidoq sempat belek2 resepi ni
sambil membayangkan proses pembuatannya
memang agak renyah tapi tak susah mana pun..
am so gonna make it tomorrow!
utk stok makan sibudak kecik dan umminya



sumber: needmorenoms (adapted from keiko ishida book: okashi treats)
bahan2:
  • 120g tepung pastry <-- saya ganti dengan tepung kek (low protein)
  • 20g tepung beras atau tepung jagung <-- saya guna tepung beras
  • 15g susu tepung
  • 1/2sdk baking powder
  • 15g madu 
  • 1sdb air panas
  • 100g unsalted butter
  • 50g heavy cream (at least 45% milk fat)
  • 1sdk vanilla
  • 140g telur <-- 3biji telur
  • secubit garam
  • 150g japanese sugar <-- caster sugar - saya kurangkan ke130g
tatacara:
  1. panaskan oven ke suhu 170C.
  2. ayak tepung2, susu tepung dan baking powder. dalam mangkuk atau cawan kecil, sebatikan madu dan air panas. ketepikan dulu kedua-dua bekas tersebut.
  3. masukkan butter, heavy cream dan vanilla kedalam mangkuk besi atau any heatproof bowl. double -boil sehingga butter cair.
  4. dalam mangkuk besi yg berasingan, pukul telur dan garam sehingga kuning telur pecah. masukkan gula dan double-boil sehingga adunan telur agak suam (jangan sampai telur masak sudah!) sambil2 tu pukul adunan tersebut menggunakan whisker sehingga sebati. 
  5. bila dah suam, asingkan bekas telur dan pukul menggunakan hand mixer sehingga kembang (saya tuang kedalam stand mixer) dalam 5minit. masukkan madu dan pukul sebati.
  6. kaupbalikkan adunan tepung kedalam adunan telur dengan perlahan2, sehingga sebati.
  7. tuang adunan butter+cream dan kaupbalikkan sehingga sebati.
  8. pipe atau sendukkan adunan kedalam muffins case. dan bakar selama 25minit atau sehingga keperangan.
verdict:
its a simple looking cake, 
made with passion and love.. 
surely it tasted lovely!
ok, frankly speaking..
bahulu jepun ni lembut, wangi dan lemak.
saya mesti pilih! :p

2 comments:

izahdaut said...

akakkkk..
nak kek 2 ketul.. yummy nampak tuuu

mrs plain-june said...

akak terlioq tgk ciskek izah. kita buat sistem barter nak? :D

Related Posts with Thumbnails