Saturday, March 5, 2011

lapis marie cheese

buat ni utk bawak ke rumah mak nanti
tapi 1/4dah makan sendiri.. buruk siku sungguh!

sumber: kakyani the kitchenguardian
bahan2:
  • 1 peket biskut marie
  • 1 peket biskut marie coklat
  • 300ml whipping cream
  • 250g cream cheese
  • 250ml susu pekat
  • shredded cheddar cheese
tatacara:
  1. sediakan loyang springform (or any loose bottom cake pan).
  2. pukul cream cheese hingga creamy. tambah whipping crea dan susu pekat.
  3. tuang secawan adunan cream cheese kedalam loyang.
  4. susun biskut marie atas adunan tadi. patah-patahkan biskut seingga menutupi cream cheese tadi.
  5. tuang lagi selapis adunan cream cheese keatas biskut.
  6. susun biskut marie coklat pula. patah-patahkan biskut sehingga menutupi cream cheese.
  7. ulang sehingga adunan cream cheese habis. lapisan atas mesti berakhir dengan cream cheese.
  8. tabur shredded cheddar cheese pada permukaan atas dan sejukkan dalam peti sejuk semalaman.

baru berjaya tepek gambaq ;)


nota:
saya tak jumpa marie coklat kat pkm.. maka saya tabur serbuk koko pada lapisan tengah..
shredded cheddar cheese pun lupa nak beli! maka.. serbuk koko juga yg jadi pengganti..

verdict:
trust me, you wont stop at one slice!

5 comments:

Sizuka said...

memang buruk siku la ju! :P


ps : ok tak corelle tu?

Sidratul Muntaha said...

hohohoh
today is kek berlapis - lapis ye kak!
samalah kita
tpi aku buat oreo cake!

zarin said...

mana gambarnya?
pssst dah terrer ar wat macarons?
jeles arrr

mrs plain-june said...

hehe.. muaz tgk siku saya dia kata takde buruk pun! :p corelle tu ok except for 1 chipped mug tp k.suzana kata nak ganti. sian plak dia.. :-S

wah ayu.. lapis oreo? nyum2!

zarin.. gambo dlm fb. nk cilok tak dpt2 lg. camera masuk spital lum p amek lg. huhuhu.. macarons? nehi.. belum ada kekuatan nk cuba sendri lagik.. br je pegi beli small stainless steel bowl smlm. :D

KG said...

ju, i pun nak buat lagi!

Related Posts with Thumbnails