Sunday, March 6, 2011

plum, polenta, and olive oil cake

inilah resepi pertama yg dicuba dari timbunan buku yang dibeli..
buku yang tak pernah didengar namanya - cake keeper cakes
tapi saya beli sebab bekenan description: 100 simple recipes
dasar pemalas. nak yang mudah & simple ja :p
retail price buku ni rm73.60 tapi bookxcess jual rm19.90
happy :)


polenta ialah cornmeal.. tapi bukan tepung jagung tau!
warnanya kuning dan kasar drp tekstur tepung
and its gluten-free!
sesiapa yg ada diabetes elok makan ia sbg ganti nasi/ roti
tapi cara masak utk ganti nasi/ roti saya belum study..
sebab hanya berminat dengan baking ;)
saya beli cornmeal di cold storage
harganya rm10.99 utk 500g
memang sgt mahal!
tapi teringin nak rasa punya pasal.. beli je lah!




bahan2:
  • 1cwn tepung
  • 1/2cwn yellow cornmeal/ polenta
  • 1 1/2sdk baking powder
  • 1/4sdk garam
  • 2biji telur saiz besar
  • 2/3cwn gula <-- tak kurangkan pun takpa.. tak manis sgt pun
  • 1/2cwn minyak zaitun (extra-virgin)
  • 1/3cwn susu
  • 1sdk vanilla
  • 1sdk parutan kulit lemon <-- saya letak kulit oren
  • 1 3/4cwn red seedless grapes <-- saya guna 2biji plum
  • gula aising, utk tabur atas kek
tatacara:
  1. panaskan oven 175C. gris loyang spring form 9inci.
  2. gaul tepung, cornmeal, baking powder dan garam dalam mangkuk sedang.
  3. pukul gula dan telur hingga gebu dan berwarna pucat (lebihkurang 5minit). perlahankan kelajuan mixer dan masukkan minyak zaitun. pukul 1minit dengan kelajuan sederhana. masukkan susu, vanilla dan parutan kulit oren dan pukul pada kelajuan perlahan.
  4. masukkan adunan tepung 1/2cwn sekali masuk. masukkan grapes separuh. tuang kedalam loyang dan bakar 10minit.
  5. masukkan baki grapes (masa ni baru saya masukkan plum) dan sambung bakar 40minit (saya bakar 30minit).
  6. tabur gula aising keatas kek yang telah masak.
verdict:
polenta membuatkan tekstur kek agak kasar dan berbijik2 tapi tak lemak macam makan almond meal cake.. rupa macam butter cake tapi rasa langsung tak macam butter cake.. tapi takdela rasa pelik bila guna minyak zaitun tu.. and its not sweet either! agak2 geng opis suka tak? ;)

lupa pulak.. inilah buku tu:
sumber: amazon

3 comments:

Sizuka said...

Ju, I'll definitely try this on erm.. tengah pikir... maybe tomorroW? it's quite healthy kan? :)

mrs plain-june said...

its not stated as healthy tp tgk bahan2.. i wud say yes it is :). olive oil instead of butter.. and polenta itself is a non-carbo item.

zarin said...

itu ke makna polenta tuh? banyak kali nampak resepi guna polenta tp sbb tk tau apa polenta, maka dia abaikan saja hikhik

Related Posts with Thumbnails