Friday, February 25, 2011

kek pisang marble coklat

stok kunyahan budak kecik dah lama pupus..
kebetulan masih ada pisang zaman purba dlm freezer
skali timbang.. ngam2! err.. ada lajak skett sebenarnya ;)
lepas tu timbang tepung tak cukup la pulak!!
mujur ada wholemeal flour sebagai penyelamat :)

resepi tgk kat dapur izah.. yang dapat dari hana.. yang dapat dari noorsha
panjang jugak susurgalur asal walusulnya


posing dlm tapawer utk tapau ke opis :)

izah.. mohon halal c&p kat sini ye..

KEK PISANG MARBLE COKLAT
sumber:kak hana dan Noorsha
Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang <-- ikut jugak
  • 180g tpg gandum - saya campur tepung wholemeal 80g
  • 180g gula halus - hana kurangkan 150g je <-- ikut je :)
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah <-- niat nak tambah tapi lupa!
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes
Cara-cara
  1. Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
  3. Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit.
  4. Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

budak kecit ni cukup suka! belum mandi pagi dah makan kek :p

nota:
saya guna loyang bulat 8inci.. alhamdulillah.. ngam2 je naik kek tu


4 comments:

izahdaut said...

Mana kek nya ke..
Hehehe saja wat surprise ye

Unknown said...

hehe.. seprais tak tara mana.. gambar huduh bangat! dok pk nak letak tak letak je td.. tengkiu ye izah share resepi :)

Sizuka said...

Ju, alang2 dah buat kek tu, boleh la antar kat sini sikit.. hahaha

Unknown said...

ya ampun kak shidah.. sudah sodaqollah.. separuh bawak ke opis tadi.. lagi separuh sikecik tu makan.. saya balik tgk ada 2potong je.. sambil masak saya ngapp perabih :p

Related Posts with Thumbnails