Sunday, February 20, 2011

self saucing sticky date pudding

petang semalam berkampung kat rumah mak..
tekak ni teringin sangat nak makan sticky date pudding
maka saya sukat siap2 bahan2 dari rumah..
sampai rumah mak godek2 kejap..
kemudian, zass.. terus masuk oven ;)

sumber: erica of gastronomic goodies
bahan2:
  • 1cwn kurma yang dipotong kecil
  • 1 1/2cwn tepung naik sendiri
  • 1/2cwn gula castor
  • 3/4cwn susu
  • 2cwn air panas mendidih
  • 1cwn gula perang <-- kurangkan ke 3/4cwn
  • 30g butter, dipotong kecil
tatacara:
  1. rendam kurma dalam air mendidih lebih kurang 10minit.
  2. panaskan oven 180C dan gris loyang kaca dengan butter
  3. ayak tepung kedalam mangkuk. masukkan gula castor.
  4. tapis kurma tadi dan masukkan kedalam mangkuk. masukkan susu. gaul sebati.
  5. tuang kedalam loyang kaca.
  6. satukan air panas mendidih, gula perang dan butter. kacau hingga butter cair dan sebati. tuang keatas adunan dalam loyang kaca tadi.
  7. letak loyang atas oven tray (takut tumpah melimpah) dan bakar selama 40minit.
  8. sejukkan sebentar dalam 5minit dan boleh dimakan bersama2 dengan eskrem vanilla :)

nikmat tak terkata!

3 comments:

zarin said...

eeeiii tekak kita pun terasa rasa nk mkn sticky dates pudding ni tp masih tk terbuat buat lagi...
sedapnyaaa..errr tengok gambar tu pun dah buleh terliur liur ni

Anie said...

Plain-June,

My hb boleh layan sticky date pudding ni dgn ice cream. Tekak dia kuat mkn manis2...I pulak tak boleh ada kang sakit tekak huhuhu :D

mrs plain-june said...

hehe.. buatla zarin.. i punya tinggal semulut dua je lg.. bekal bukak posa nanti ;)

anie.. mmg org nz suka makan manis2 ke? kalau camtu.. sama mcm kelantanese.. betul tak zarin?

Related Posts with Thumbnails