Thursday, February 17, 2011

vegetables topped with mashed potato

harga makanan di kantin sangat mahal sejak kebelakangan ini..
nasi putih 1/4cwn
+ seekor ikan keli kurus keding
+ sayur bayam sejemput
+ tempe goreng cili juga sejemput
= RM4.50

dalam sebulan yang lalu harganya cuma RM3.50!
waduh.. boleh bangkrap gini!
sehari naik RM1..
sebulan bekerja bertambah RM22..
setahun bekerja bertambah RM264!
tapi gaji naik tak sebanyak itu!

maka saya membuat resolusi terkini..
akan cuba membawa bekal makanan tengahari..
kalau boleh setiap hari!

hari ni mati kutu jugak nak bawak bekal apa.
lauk semalam cuma tinggal udang bakar 4ketul..
sesudah subuh belek2 buku resepi tajuk POTATO..
(kebetulan semalam dah buat mashed potato tanpa ada idea nak makan dengan apa)
terasa berkenan dengan resepi dibawah ni:

vegetables topped with mashed potato
bahan2:
  • 4biji kentang sederhana besar, direbus & dilecek
  • 1sdb butter
  • 2sdb yogurt <-- ganti susu pun boleh
  • 1sdk jintan putih <-- saya guna serbuk
  • 2oz parmesan cheese
  • 6oz carrot, potong bulat <-- saya guna sebatang setengah
  • 6oz cauliflower, amek florets saja <-- agak2 sama banyak dgn carrot je..
  • 6ketul cendawan butang, hiris nipis <-- pandai2 tambah ;)
  • 2sdb butter
  • 2sdb tepung
  • 125ml vegetable stock <-- saya guna 1/2air panas + 1/4cube maggi
  • 125ml susu
  • garam & lada hitam secukupnya
tatacara:
mashed potato
  1. rebus (guna air bergaram) & lecek kentang yang masih panas. masukkan butter dan gaul hingga butter cair dan sebati. 
  2. masukkan jintan, yogurt dan separuh daripada parmesan cheese, gaul sebati.
sayur
  1. potong kecil sayur mayur dan rebus dalam air mendidih selama lebih kurang 10minit. kemudian, toskan. (cendawan butang tak perlu rebus)
kuah
  1. cairkan butter dalam saucepan. masukkan tepung dan gaul sebati. 
  2. alihkan dari api dan masukkan vegetable stok dan susu. gaul sebati. letak semula atas api dan masak hingga mendidih. 
  3. masukkan garam & black pepper. tutup api.
assembly
  1. panaskan oven ke 190C.
  2. masukkan sayur dan cendawan kedalam kuah. 
  3. tuang kedalam bekas kaca/ casseroles ( masa ni saya masukkan sekali lebihan udang bakar semalam).
  4. ratakan permukaan atas dengan mashed potato.
  5. tabur baki cheese atas mashed potato tadi.
  6. bakar selama 30-35minit.

tertumpah!!


alhamdulillah.. kenyang juga makan ni utk lunch ;)
tapikan.. syahdu sangat.. sebab masa transport (dalam kereta je..) bekas tu tersenget2.. tertumpah sikit dalam paper bag.. :(


2 comments:

Anie said...

Plain-june,

I hari2 kena crack my head nak masak apa n mesti masak lebih for my hb's lunch sekali. Dkt sini egg mayo sandwich, roti dua keping lepas tu dipotong triangle cost $3...tak cekik darah tu. Harga brg semua naik...yg tak naik gaji huhuhu :(

mrs plain-june said...

kiranya, harga fuds naik kira global problem lah kan? i tawt in malaysia only. sbb friends yg br balik dr uk semua komplen brg mahal & duit meluncur laju mcm air terjun! and its true!! kalau dulu borong stok brg dapur rm200 dah cukup utk sebulan. skrg ni double triple trouble!

Related Posts with Thumbnails