Wednesday, February 16, 2011

puding roti

niat asal buat puding roti ni utk tetamu spesel..
siapakah tetamu itu?
bondaku! :)
tapi mak tak jadi datang pulak :(
so, separuh selamat masuk perut sendiri..
(punyala banyak! pastu gaduh perut muncet!)
separuh lagi sedekah kat kawan2 opis..
(mari kita sama-sama muncetkan perut ye :p)

resepi cedok dari dapur zarin
(c&p dari blog zarin. mohon halalkan ye..)

Bahan Bahan:
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur ayam
  • 1 tbsp butter - cair kan.
  • 1/4 cawan gula
  • 235 ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • sedikit kismis (i suka banyak)
  • serbuk kayu manis <-- saja tambah, tabur sikit je sblm masuk oven

Cara Membuatnya :

1. toast roti di dalam toaster sekejap (normally i tak toast pun tapi a couple of nite ago i ternampak kat “chef in the kitchen” and dia toast dulu roti tu sbb lagi sedap katanya, so i pun cubalah toast dulu …eh, memang sedap lah sikit if compared dgn yg tk bakar..ada rasa crunchy sikit). then, carik carikkan roti tadi dan masukkan roti tadi ke dalam acuan. Tabur sedikit kismis di celah celah dan di atas roti tadi.

2. Tuang butter yang telah cair ke atas roti tadi.

3. Di tempat lain - pukul telur, masukkan susu, gula dan esen vanilla. Kacau lagi sehingga sebati.

dah tinggal sesuap baru teringat nak suruh dia posing!

4. Tuangkan adunan telur ke dalam acuan tadi. Tabur kan lebihan kismis ke atas roti. Biarkan adunan telur agak serap ke dalam roti - masukkan ke dalam preheated oven at 180 C dan bakar sehingga keperangan atau selama 20-25 minit.

5. Angkat dan hidangkan. Sesuai di makan bersama vanilla cream atau macam we all ni makan je dengan vanilla ice cream…hmmmm yummy yummy :-D

nota:
saya buat ni sambil2 breakfast muesli oat.. (tak senonoh betul bunyinya!) lepas tu rasa gatal tangan nak tabur oats tu dlm pudding ni.. agak menyesal juga sebab agak mengganggu perasaan yang damai ketika menikmati puding roti nih. tengah sedap2 rasa lembut tiba rasa crunchy2 lemau! aih! kenot go lah!

verdict:
apart from gangguan muesli oats, cek suka sangat!! itu yg boleh abih separuh bekas tu :p

4 comments:

zarin said...

baru nak tanya best ke taruk oat kat atas tu...err kureng sikit eh.... hmmm kena cari resepi utk habiskan oat....

Anie said...

Ni my hb punya feveret...I buat sekali aja dlm umur hidup I sbb I tak reti mkn...hehehez :D

mrs plain-june said...

zarin.. dah try buat muesli bar? sedap buat kunyahan di petang hari ;)

anie.. terbalik plak eh.. my hb x minat.. tp bini dia nih bleh makan puding roti ni pagi petang siang malam :p

mrs plain-june said...

btw zarin, kalau rolled oats i think should be ok. dah pernah buat eggless bread pudding with oats & banana.. sedap jek ;) yg i letak kali ni, some sort like granola/ muesli.. dia berketul2 dan agak keras itu yg mcm kureng skett tu.

Related Posts with Thumbnails