Thursday, February 24, 2011

homemade pretz

masa saya ke jepang dulu.. teringin sangat nak makan pretz ni..
tapi tak beli pun.. sebab tak gheti2 nak baca ingredient kat kotak tu..
bila dah balik sini.. eh! ada jual la! tapi harganya.. mak aii.. mahalnya!
sampai sekarang tak sanggup tak beli!
akhirnya keinginan tu terpadam dengan sendiri..

lawak betul tengok iklan2 lama pretz ni! hehe.. ntahapapapa sungguh!
iklan2 jepun memang terkenal dengan funky & funny..


jumpa resepi pretz ni dlm blog sis yani
nampak macam senang maka.. semalam cuba buat..
huhuhu.. dasar tak gheti.. abis semua air saya curahkan sekaligus!
akhirnya kena dok tambah tepung..
terus rasa macam tak best..
terus hilang semangat.. nak potong pun main2 ja..
produk akhir.. macam liat2 sikit & rupa sangat huduh!
:(



tapi anak2 suka!
siap puji ummi pandai buat :p
timakasih yani!
kita c&p resepi kat sini ye..

sumber: deco choco
bahan2:
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil gula kastor
  • 100ml air
  • 2 sudu besar mentega/marjerin -dicairkan
  • 2 sudu kecil serbuk pati ayam *
  • 3 sudu besar parmesan cheese powder (grated cheese) *
tatacara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga menjadi bentuk doh.
  2. Canaikan lebih kurang 1cm tebal. Kemudian potong seperti dalam gambar di sebelah (dibawah).
  3. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga jadi rangup.

    gambar dari decochoco.blogspot.com
Bahan-bahan yang bertanda ( * ) boleh ditukar kepada benda lain mengikut perisa yang nak dibuat. Kalau nak rasa kemelayuan sket boleh letak serbuk kari dan daun kari yg dicincang halus.

Untuk anchovies chili pretz ni hanya tukar serbuk pati ayam ganti dengan serbuk ikan bilis. Manakala utk grated cheese tu saya ganti dengan 2 sudu kecil serbuk cili -boleh lebihkan kalau nak lagi pedas.

nota:
kalau nak buat lagi,
saya akan tuangkan air sedikit demi sedikit..
dan.. potong kecil2..
dan mungkin akan kupintal2 ia.. ;)

2 comments:

zarin said...

nanti nk wat jugak la..eh eh jelesnyaaa tengok apple sauce punya price tu...mak aihhh murah gilosss... i tk beli sbb i rasa mahal n takut jarang guna tp kalau murah mcm tu, walau jarang guna pun i sanggup beli

p/s
june, i ada buat layer cake lg..if your hb happen to be ard btho, suh la dia singgah amik kat my hse..i nk bg u rasa nih ;-)

mrs plain-june said...

hoyeh!!! ble mkn layer cake :)
nnti sms me yr add bleh?

Related Posts with Thumbnails