Monday, February 7, 2011

chocolate self saucing pudding

sejak rabu lepas berazam nak buat puding ni..
tapi baru hari ini kesampaian.. alhamdulillah...
cuma agak terkilan.. sebab niat asal nak bawak balik kampung
tapi tak berkesempatan..
dikampung pula.. sibuk dgn mengemas & kenduri naik rumah :)
oh! sungguh damai & nyaman udara & suasana di kampung..
alhamdulillahi 'ala kulli haal..




sumber: nzfavouriterecipe
bahan2:
  • 100g butter, dicairkan
  • 1cwn gula <-- saya kurangkan 2sdb
  • 2sdb serbuk koko
  • 1 1/3cwn tepung gandum
  • 4sdk baking powder
  • 1/4sdk garam (kalau guna butter bergaram, letak secubit ja)
  • 2/3cwn susu segar
  • 1cwn gula perang
  • 1/2cwn gula <-- saya tak letak
  • 4sdb serbuk koko
  • 2cwn air panas menggelegak
tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C, sediakan loyang kaca 13x9inci (kalau guna loyang kecil, adunan akan membuak keluar dari bekas semasa pembakaran). 
  2. cairkan butter dan masukkan gula dan serbuk koko. gaul sebati.
  3. tambah tepung, baking powder dan garam, gaul sebati.
  4. tuang susu dan vanilla. gaul sebati dan masukkan kedalam loyang kaca.
  5. satukan 1cwn gula perang dan 4sdb serbuk koko. tabur keatas adunan dalam loyang tadi.
  6. tuang air panas mendidih keatas belakang sudu, kedalam adunan tadi.
  7. bakar selama 40minit.
verdict:
nikmatnya perasaan puding ni di tekak ini..
memang enak dimakan panas2 bersama aiskrim vanilla. just perfect!


tengok rupa dalam bekas ni memang tak menyelerakan.. kan?
no no no.. never ever judge the cake by its look ;)

7 comments:

3E said...

sungguh menggoda...harus dicuba juga ni...:-))

Sizuka said...

memang kena stay away dari choc pudding ni, no matter how tempting it looks until next sunday :D

Anie said...

Plain-June,

Ooohhh u pun balik kampung, bestnya ;)

My SIL makes the best choc self saucing pudding ni. I dah mintak resepi bertahun yg lalu...tak kasi2 huhuhu :(

izahdaut said...

puding ni amakn sepinggan tak cukup neh..plak plak dapat padanan ngan sejuk ngan puding panas panas gitu..fulamakkk..adehh tak leh lama lama..tergode sungguh!!!

Unknown said...

3E, do try.. insyaallah tak menyesal :)

kak shidah, sabar.. sabar.. the fruits of sabar is more delicious than this pudding.. and u knew it :)

anie, sgt fenat travel jauh tp sgt seronok!! once u got yr SIL's recipe pls do share ya..

izah, kau kembali jua!! ahaks.. tak sempat lg nk jejak blog lain nih.. akan kuterjah dapurmu jua kelak ;)

hasni said...

sis
napak menggiurkan
mcm nk cuba
nk tnya
if xda loyang kaca,guna loyang biasa bole x??

Unknown said...

sis hasni, boleh saja! cumanya, bekas kena besar.. sebab adunan akan membuak.. kalau guna loyang 8 atau 9 inci, mungkin kena separuhkan adunan.. btw, resepi yang lebih kurang ini.. saya guna loyang bulat 9inci: http://junotdbaker.blogspot.com/2010/06/mystery-mocha.html

Related Posts with Thumbnails