Wednesday, September 7, 2011

nasi somali

sejak jadi surirumah sepenuh masa sementara (baru je stat last monday)
rasa macam tak cukup masa! terutama sekali utk update blog
dari pagi sampai ke malam dok bergelumang dgn kain baju & dapur
saya tak cukup bijak utk mencuri masa rasanya..
bukan setakat nk update blog.. nak blogwalking pun tak sempat!
hari ni saya cuba sempatkan jugak.. rindu nk baca blog kawan2 ;)
lagipula, buku cerita dah khatam seketul! suka! tapi ada rasa tak puas..
kisah Sayidina Ali bin Abi Talib..
kisah zaman pemerintahan beliau sgt sedikit dikupas
dan kenapa pulak puak khawarij menentang beliau?
takdak cerita detail dlm buku tu.. :|
tapi yg pasti.. kerana mulut badan binasa..
kerana sifat hasad dan tamak Islam tidak lagi berkuasa :'(

panjang pulak cerita..
kali  ni entry nasik pulak.. entry nasik yg pertama dlm blog ni
semata-mata sebab nasik ni masak guna oven
can it be considered as baking as well?? :p
resepi cedok drp ijan nun di finland..
jauh datang nasik ni.. ;)

sumber: blogresipi
  • 1 cawan beras basmati (direndam lebih kurang 30 min)
  • 2 cawan air
  • 1/4 bawang merah besar, dihiris
  • 1/4 cawan olive oil
  • 1 genggam daun ketumbar + 1 ulas bawang putih (dikisar dengan 1/4 cawan air)
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 2 sk serbuk kari (apa2 kari pun takpe) <-- saya guna kari daging
  • 5 biji buah pelaga ditumbuk
  • 1 kayu manis
  • 1/2 sk kiub pati ayam
  • 1/4 cawan kismis
  • 2 biji kentang saiz kecil dikupas dan dipotong memanjang (optional)
  • 1/2 sk saffron (Cuma utk bagi warna) <-- ganti dgn serbuk kunyit
  • 1/4 cawan green peas <-- xdak stok nk letak :(
  • Sedikit garam
  1. Panaskan oven kepada 170°C.
  2. Dalam periuk yang tahan oven (ovenproof pot), tumis bawang merah dengan olive oil sehingga keperangan.
  3. Tambahkan paste ketumbar-bawang putih yang dikisar tadi. Tumis lagi. Masukkan semua bahan lain (kecuali beras) dan kacau rata.
  4. Tapis beras yang direndam tadi. Masukkan ke dalam periuk dan kacau lagi lebih kurang 2-3 minit. Tambahkan 2 cawan air dan kacau. Biarkan mendidih.
  5. Tutup api dan cover periuk dengan aluminium foil.
  6. Masukkan periuk ke dalam oven dan biarkan masak selama 30 minit
anak2 tak makan nasik pelik2.. buat nasik daging tak laku.. nasik tomato pun dipandang sepi.. nasik somali ni laaaagilah tak dipedulikan. maka saya masak nasik putih dan lauk pauk utk diorang: lentil soup & ayam bumbu bali.. dikongsi makan dgn nasik somali ni. hantam sajalah :p

p/s: saya suka bangat nasik somali ni! bau harummmmmm.... makan pun sodap! makasih banyak2 ijan!!!

update:
mohon maaf sebab tiada gambar yg dapat dikongsi di sini.. cik abe bawak kamera ke kerja.. hp pulak ntah di mana2.. sedar2 dah habis nasik. tapi beras pusa ni memang mengembang kusss semangat! secawan nasik boleh makan 4-5org! provided sorang sepinggan & tak menambah ;)

3 comments:

CS said...

June
Bila balik dari bercuti, apa lagi kerja kita? The bulk of it comes from bersihkan baju2 kotor. At the same time memasak n tak habis2 berkemas.

Nasi somali dari Somalia kot? Rajin juga you memasak memandangkan anak2 tak minat. Semalam late at nite baru boleh blogwalk ;-)

zarin said...

Ju, mana gambar nasinya?
hikhik..rumah i pun tk jalan nasi pelik2, hasya tak reti makan tapi i ni kejam sikit, i paksa dia makan hahaha :D
anyway, hope it's not too late to wish u selamat hari raya. maaf zahir batin andai ada salah dan silap selama kita kenal di alam maya ini ;-)

p/s
how was the cake? kena tak kat your taste buds? kalau tak sedap, mintak maap bebanyak ye

Unknown said...

kak CS.. itulah.. kain baju sehari paling koman 2bakul. pinggan periuk kat dapur asik terkumpul ja. sakit mata tgk! belum kira sikecik tabur bedak penuh bilik sampai kedepan! huhuhu.. tp tu lah.. ntah mai mana bitamin R smlm.. jadik nasi somali plak :p

zarin.. yr kek lapis prune mmg superb! cik abe suka. mak suka. me of cos sangat sukak! hehe.. hmm.. anak2 kat rumah ni boleh ja nk paksa tp x sampai hati tgk diorang mkn sejemput dua ja. huhuhu..

Related Posts with Thumbnails