Thursday, April 26, 2012

bingka cheese sarawak

bismillahirrahmanirraheem..
assalamu'alaikum wrm wbt

tadi kata kat cik abe.. letihnya badan..
dia petik kata2 prof muhaya "semua tu dalam minda sahaja.."
cemana nak kuatkan badan kalau dah memang betul keletihan?
saya tak pasti org lain buat macam mana..
bagi saya, kalau rehat cukup.. insyaallah kembali segar
tapi dah banyak hari rasa macam ni..
oven pun dah lama tak beraksi.. :|
blog pun dah tak dijengah lagi..

anyway, malam ni cuba paksa diri..
sekurang-kurangnya dapat update cerita basi :p
bingka ni dah buat laaama dah.. ahad lepas lagi..
dah nak seminggu baru berkesempatan nak post di sini..
alhamdulillah.. Allah masih bagi peluang utk hidup hingga hari ini..




sumber: hasue & izah
Bahan A:
1 peket agar2 cap ros (13g) *izah guna agar2 serbuk 10gm
3 cawan air
1 cawan gula pasir *izah kurangkan sedikit

Bahan B:
250g mentega
250 cream cheese Philadelphia
½ tin susu pekat manis
1 ½ cawan tepung hong kong *izah guna tepung gandum
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon

Cara2:
1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika.
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata.
4. Masukkan tepung, cream cheese, esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak (bergantung pada jenis oven).




satu adunan ni insyaallah boleh dapat satu loyang 9x13 yg besar tu. saya guna satu loyang 8x8 dan satu loyang bulat 9inci. yg loyang bulat bawak ke rumah sedara.. yg loyang 4segi mamam sendiri.. :D

saya saja tambah sesudu besar chocolate emulco.. lidah terasa nak jamah sesuatu yg bercoklat ;)

mekasih hasue & izah.. lajat bangat bingka ni! lemak merdu je rasanya.. 




2 comments:

CS said...

assalam June
Bingka tu lajat lemak merdu ya? Sambil makan harus menyanyi :-)

Cantiklah pinggan tu. Looks very 'marakesh' or very 'mediterranean'.

Unknown said...

wslm kak cs..
lajat kak. kalau akak suka kue lembik2 mcm kue lapis & bingka pasti akak suka bingka cheese ni ;)

pinggan dtg dari palestine.. beli masa aman palestine buat roadshow kat bangsar dolu2.. nyesal beli sikit! kalau pergi palestin belum tentu boleh jumpa. tapi kat turki mungkin ada ja.. jom kak. kita ke turki! :D

Related Posts with Thumbnails