Sunday, May 20, 2012

zebra bundt cake ~ tish boyle's recipe

bismillahirrahmanirraheem..
assalamu'alaikum wrt wbt

alhamdulillah.. dalam kelamkabut buat kek sebab nak ke kenduri..
dan menggodek2 adunan dalam berbaju-kenduri (mujur x comot!)
sempat siap sebijik butter cake versi zebra..
dan jadi la jugak zebra-nya w/pun belangnya makin lama makin tebal :p


nampak somel je kan belang2 tu? :D

sumber: bakersroyale.com

  • 3cwn tepung kek <-- saya guna tepung superfine
  • 2tsp baking powder
  • 1/2tsp garam
  • 2 1/2cwn gula, asingkan kpd 2cwn + 1/2cwn
  • 1/2cwn serbuk koko
  • 6Tbs air
  • 1 1/2cwn butter (170g), dicairkan dan sejuk pada suhu bilik 
  • 1 1/2tsp vanilla
  • 5biji telur
  • 1/2cwn susu
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C dan gris dan tepungkan loyang bundt.
  2. ayak tepung, baking powder dan garam. ketepikan.
  3. satukan 1/2cwn gula, serbuk koko dan air dalam mangkuk besar. ketepikan dulu.
  4. pukul butter dan 2cwn gula (saya guna 1 1/2cwn gula) hingga kembang. masukkan telur satu demi satu. kemudian masukkan vanilla. 
  5. masukkan adunan tepung secara berselang-seli dengan susu: tepung-susu-tepung-susu-tepung dan pukul hingga sebati.
  6. keluarkan 2cwn adunan dan masukkan kedalam mangkuk berisi adunan koko. 
  7. sendukkan adunan asal kedalam loyang secara berselang-seli dengan adunan koko. teknik boleh tengok disini.
  8. bakar selama 50-60minit.
nota: 
utk mendapatkan butter cake yg sedap sila guna butter yg lajat seperti SCS (mahal berapi!). kalau guna butter murah macam batekap, memang rasa macam kek yg mamak roti jual dolu2 :p
oh well.. quality do comes with price indeed.




2 comments:

CS said...

assalam June
Yesss, memang comel rupa zebra (bundt cake) itew, hehe.. Dah lawa2 bersiap, sempat lagi buat kek eh? Gitulah semangat TunTeja, hehe..

Yeslaaa...SCS mmg sedap tapi mahal. I dah pencen, so I guna farmcow jer. Tu pun dah naik harga. Kalau tau buat butter sendiri, kan bagus? ;-)

Unknown said...

gud idea kak cs. jom kita cari teknik buat butter sendiri. err.. kena bela lembu dululah! jom team up dgn anie kat nz.

Related Posts with Thumbnails