Tuesday, May 4, 2010

chocolate sultana slice



dah lama saya sep (simpan) resepi ni..
jumpa dalam yummylicious-jun

apa yg buat saya nak cuba..
resepi ni xdak baking powder & baking soda
sudah pasti tidak gebu spt kek.. kan?
dan jugak sebab ada sultana!
sedapnya.. mesti rasa mcm..
makan coklat cadbury fruit&nut tu..
yumm..yummm....

peralatan: mixer, mangkuk besar, spatula, bekas pembakar 25x30 (saya guna bekas 4segisama 10inci)
tahap: senang sangat!
masa: 1jam dah setel semua.. siap bakar!

bahan2:
  • 100g butter dilembutkan
  • 1cwn gula perang
  • 2biji telur
  • 1cwn tepung
  • 2tbs serbuk koko
  • 1cwn sultana
tatacara:
  1. panaskan oven 180C dan gris loyang dgn butter dan lapik dgn kertas minyak supaya mudah dikeluarkan.
  2. ayak tepung dgn serbuk koko dalam mangkuk besar dan ketepikan sekejap.
  3. pukul butter dgn gula sampai kembang dan gebu
  4. masukkan telur satu per satu
  5. masukkan tepung+koko yang telah diayak
  6. masukkan sultana dan gaul sebati
  7. tuang dalam loyang & bakar selama 25-30minit.
sepatutnya ada icing:
  • 1/4cwn serbuk koko
  • 1cwn gula icing
  • 1sdb butter
  • 2tbs air panas
  • gaulkan semua bahan2 diatas & sapu atas slice
saya tak buat icing sebab cadangnya nak buat bekal utk perjalanan pulang adik ipar & mak mertua ke kelate.. kalau ada icing, susah pulak diorang nk kunyah2 dalam kereta.. (boleh terima ka alasan org "rajin" ni? :p)
verdict:
memang tak boleh berenti makan! lepas satu, satu saya sumbat dlm mulut..
kalau ada tamu nak datang & last minit br bagitau.. bulehla jamu slice ni.. tapi mungkin boleh dikurangkan gula kalau nak buat icing.. kecuali tamu tu dah terkenal dgn gigimanis (sweet tooth) :D

2 comments:

izahdaut said...

salam..ooo tak penah lagi jumpa resepi cam ni..interesting gak kan..simple je...

mrs plain-june said...

sgt simple! tp mmg x bleh berenti mkn :p

Related Posts with Thumbnails