Monday, May 3, 2010

muffin blueberry



luqman special request utk muffin kenny rogers
hari tu buat macam tak sama jek..

saja try test resepi lain pulak..
walaupun bukan nama muffin kenny rogers..

tergoda nak buat sebab rupa yang gebus dan mulus..
terimakasih kpd tuanpunya blog izahmuffinlover:

sebagai menghormati request anak teruna tu
tak semua saya letak blueberry..
muffin kenny rogers mana ada blueberry :p

tapi kesudahannya..
yang ada blueberry tu jadi rebutan nuha & muaz!


tengok budak kecik tu makan! amboi.. sakan!

bahan2: (kopipes dari blog puan izahdaut)
  • 125 gm butter (suhu bilik)
  • 150 gm gula castor
  • 2 biji telur
  • 250 gm tepung kek / tepung gandum (saya guna tepung gandum)
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • secubit garam
  • 70 gm susu segar UHT
  • inti blueberry secukupnya (dalam 1/2 cawan)
  • 1 sudu teh essence vanilla
tatacara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
  2. Pukul mentega dengan gula sehinnga putih dan ringan.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan essence vanilla dan pukul rata.
  4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan garam berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan butter.
  5. Sudukan separuh adunan ke dalam muffin cup dan letakkan inti blueberry dan sudukan lagi adunan menutup inti.
  6. Bakar adunan selama 18-20 minit.
verdict:
luqman kata tak sama tapi sedap sangat2.. kak insyirah pun kata sedap!
dapat 12 ketul dalam papercup kecik (tp yang sempat posing 6 saja..)



lagi 4 ketul letak dalam muffin case (bigger size)
yang tu pulun letak blueberry ~ habuan breakfast ummi :p

2 comments:

izahdaut said...

assalamualaikum..kak..tak pe copy jela..saya pun share juga resepi ni dengan org lain. bestkan? tapi gambo mana kak? best la blog akak ni..banayk menu best2 ni

mrs plain-june said...

eh! tuan punya blog! malunyerr.. hehe..
insyaallah mlm ni akak upload gambar.. tengkiu ye.. share resepi yg bes tu :)

Related Posts with Thumbnails