sampai cik abe tegur..
ingatkan this new hobby of yours will last
(dia kecek kelate tp bila tulis kot omputih ni sedap pulak :p)
saya pun kata..
saja nak berehat
dan bagi peluang oven rehat
:p
yang sebenarnya..
saya kesian tengok hummingbird cake
dok tergolek2 dalam peti ais tu..
nak makan sendiri x daya dah!
alhamdulillah..
selepas seminggu bergolek..
abih jugak dia..
pengajaran buat diri sendiri:
halved the recipe pls!
tak gheti2 lagi kerrr??
hehe..
tghari smlm saya dah foresee..
we'll be having late lunch!
makanya.. seawal 1030am saya dah mula operasi
buat muffin utk brunch (brunch ke? walhal dah breakfast roti banjir!)
resepi cedok dari joyofbaking punya blueberry muffins
tapi saya takdak blueberry..
not even frozen ones!
maka saya ganti dengan strawberry filling
yang dah lupa sebab musabab al-tujuan saya beli! :p
rupa yg sememeh x sudah!
peralatan: 2 mangkuk sedang, whisker, spatula plastik, muffin cup
tahap: senang
masa: penyediaan ~ 25-30min, pembakaran ~ 20min.
bahan2:
- 1cwn plain yogurt
- 1 biji telur <-- pukul sikit
- 1/4cwn minyak sayur
- 1/2sdk esen vanilla
- 2cwn tepung
- 1/2cwn gula
- 1sdk baking powder
- 1/2sdk baking soda
- 1/4sdk garam
- 1cwn stoberi filling <-- joyofbaking guna 100gm blueberries
tatacara:
- panaskan oven 190C dan susun muffin cup dalam dulang muffin.
- dalam satu mangkuk sedang, gaulkan kesemua bahan basah dengan whisker: yogurt, minyak, telur dan esen vanilla.
- dalam mangkuk sedang yang lain, gaulkan kesemua bahan kering: tepung, soda, baking powder, gula dan garam. gaul hingga rata & sebati.
- masukkan bahan basah kedalam mangkuk bahan kering (buat macam telaga kat tengah2 tepung tu). gaul sebati guna spatula.
- masukkan separuh stoberi filling kedalam adunan dan gaul rata
- cedok adunan kedalam muffin cup guna 2sudu besar. (saya masukkan separuh dan layer dengan filling dan masukkan lagi adunan. konon2 ada layer stoberi kat tengah. tapi sememeh ya amat!)
- atas muffin tu pun saya letak filling lagi.
- bakar selama 15-20minit.
bahagian menggaul anak2 teruna saya berebut nak buat.. buatlah korang..
bahagian mencedok kedalam cup pun diorang nak buat.. tapi uminya bagi cedok filling je.. itu yg "lawa semacam" je rupa muffin tu :p
saya guna cupcake punya cup.. dapat 18bijik. kalau guna muffin cup yg tinggi/ dalam tu rasanya dapat 12bijik.. sbb resepi kata yields 12pcs.
verdict:
boleh tahan sedap! lembut je.. :)
sikecik pun suka makan.. tak cukup seketul!
eh! rasanya boleh masuk kategori healthy nih! esp kalau guna low fat yogurt ;)
No comments:
Post a Comment