Tuesday, May 25, 2010

pineapple carrot quickbread



bila berlaku salahfaham dalam komunikasi
yang disebut tak perlu itulah yang dibeli
maka hasilnya..
carrot bersepah2 dalam peti!!

letih dah rasanya nak buat carrot cake
sebab budak2 tak minat
mak budakla yg kena habiskan :(
tapi takdak cara dah nak habiskan carrot..
kali ni mak budak nak cuba resepi lain skett
sebab carrot cake dah banyak kali buat
(ada yg tak masuk dalam blog)

cari punya cari..
resepi dari allrecipe.com jugak yg menggoda hati
kebetulan memang nak habiskan separuh tin nenas
tapi dah belajar dari kesilapan..
maka saya buat separuh adunan saja
lagipun nenas yg ada mmg cukup utk separuh adunan

peralatan: mixer, mangkuk sedang, whisker, bekas bakar roti 8x4inci
masa: penyediaan ~ 30min (lama sbb grate carrot), pembakaran ~ 55-60min
tahap: senang

bahan2:
  • 1 1/2cwn tepung
  • 1/2sdk garam
  • 1/2sdk soda
  • 1/2sdk serbuk kayu manis (saya tambah jadi 1sdk)
  • 2 biji telur
  • 1cwn gula (saya kurangkan ke 3/4cwn)
  • 3/4cwn minyak sayur/ minyak jagung
  • 1/2cwn carrot (saya tambah jadi 1cwn -- kes nak habiskan carrot)
  • 4oz nenas (saya guna dalam tin & ambil airnya dalam 1sdb)
  • 1sdk esen vanilla
  • 1/2cwn walnut
tatacara:
  1. grate carrot dan potong nenas kecil2.
  2. panaskan oven ke 175C.
  3. gaulkan bahan2 kering: tepung, garam, soda dan serbuk kayu manis dalam mangkuk sedang. gaul sebati guna whisker. pastikan soda betul2 hancur.
  4. pukul telur dan gula dalam mixer. masukkan minyak, carrot, nenas dan esen vanilla. masa ni nak gaul guna spatula pun boleh.
  5. masukkan bahan2 kering kedalam mixer. gaul sebati.
  6. kaupbalikkan walnut kedalam mixer.
  7. tuang kedalam bekas pembakar dan bakar selama 55-60minit.
verdict:
boleh tahan sedap!
nenas+carrot memang gandingan yang mantap!

2 comments:

dell said...

wesss mengendong bahaya makan nenassss

mrs plain-june said...

no worry.. suda masuk 5x i know my body.. insyaallah.. hr tu siap mkn pajeri nenas lagi (lupa!!!)

Related Posts with Thumbnails