Sunday, June 20, 2010

chocolate torte ~ with ground almond



saya beli ground almond dah lebih 1bulan
hajat asal nak buat joconde
tapi makin lama minat kepada joconde berkurangan :(

akhir-akhir ni.. tekak saya asyik kepingin coklat
hari2 makan coklat bar.. but i need more than that!
(dasar tamak!)

bila belek2 resepi dalam joyofbaking.com
yes! i knew what i wanted!!
A CHOCOLATE TORTE!!!

awal tahun dah pernah buat..
its a flour-less cake.. tak guna tepung!
its the most chocolatey cake - definitely different from normal chocolate cakes
tak rasa macam kek sangat.. sangat padat! tapi tak memuakkan..

saya jumpa resepi yang guna ground almond
dalam twospoons.wordpress.com

peralatan: mixer, mangkuk besi & periuk (untuk double boil), loyang springform 9inci, sudu besi
masa: penyediaan ~ 30minit (lama sebab nak pukul putih telur), pembakaran - 1jam
tahap: sederhana (worth the effort!!)

bahan2:
  • 250gm dark coklat bar (saya guna beryls)
  • 150gm butter
  • 5biji telur diasingkan
  • 1/2cwn gula castor
  • 1/2cwn gula aising
  • 1 1/2cwn ground almonds
tatacara:
  1. asingkan telur. yang putih masuk ke dalam mixer, yang merah dalam mangkuk kecil.
  2. double boil butter dan potong coklat ke kepingan kecil2
  3. bila butter dah cair, tutup api dan angkat dari double-boiler. masukkan kepingan coklat dan kacau hingga coklat cair & sebati
  4. sementara biar adunan sejuk, pukul putih telur dalam mixer hingga kembang dan masukkan gula castor sedikit demi sedikit.
  5. masukkan kuning telur, gula aising dan ground almonds dan kacau sebati
  6. kaup-balikkan adunan coklat tadi ke dalam putih telur dengan menggunakan sudu besi. hati2 dan jangan kasar2.. supaya udara tak pecah.. kalau banyak udara pecah kek tak naik..
  7. panaskan oven ke 150C.
  8. gris loyang springform dengan butter dan tabur serbuk coklat dalam loyang (macam tabur tepung) <-- saya lupa :p

  9. lapik loyang dengan kertas <-- lupa jugak :p :p

  10. tuang adunan kedalam loyang dan letak pada tingkat ke2 sblm akhir (setapak turun daripada yang tengah)
  11. bakar selama 1jam.
  12. selepas siap dibakar, sejukkan pada suhu bilik selama 30minit kemudian baru buka keliling springform tu dan boleh simpan dalam peti sehingga 1minggu.
  13. tabur gula aising atas kek (motif: nampak cantik)
nota:
kek akan tenggelam dan crack disekeliling. memang itu trademark torte. ada yang buang lapisan yang crack & buat ganache utk menutupi kecacatan/ ketenggelaman kek.
saya suka yang original!
:)
lagi satu.. jangan lupa simpan torte dalam petisejuk.. kepadatan kek itu akan lebih memuaskan hati!
verdict:
my heroes favorite & definitely mine too!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails