Friday, June 25, 2010

banana nut brownies

dah puas cuba banana cake.. banana muffins.. & banana quickbread
saya saja cuba cari resepi banana brownies pula
tak sangka ada rupanya!

saya tak pernah tahu pisang pun boleh dibuat brownies
tapi sebab dah nama pun brownies
maka.. jadilah ia umpama chocolate banana cake
cuma dalam rupabentuk brownies

resepi encik michael smith dalam afc,
guna 1pound coklat (bengkrap!)
saya cuba ikut resepi allrecipes.com
lebih menjimatkan & ramai juga yang bagi 5 bintang!



peralatan: mangkuk besar, mangkuk sedang (utk lecek pisang), loyang 4segi 9inci (saya guna 10inci), senduk kayu.
masa: penyediaan ~ 20minit, pembakaran ~ 45minit
tahap: senang

bahan2:
  • 1/2cwn butter (115gm atau separuh ketul) dicairkan dan dibiarkan sejuk
  • 1cwn gula (saya kurangkan 1sdb)
  • 3tbs serbuk koko <-- ramai yang rekemen heapful
  • 2biji telur dipukul sedikit
  • 1tbs susu <-- saya letak 2tbs
  • 1tsp esen vanilla <-- saya letak 1 1/2tsp
  • 1/2cwn tepung
  • 1tsp baking powder
  • 1/4tsp garam <-- saya guna 1/8tsp (lebih kurang secubit)
  • 1cwn pisang yang dilenyekkan <-- pisang saya terlebih!
  • 1/2cwn walnut hancur <-- saya tambah lagi 1/3cwn
  • 1/2cwn coklat chip (optional)
tatacara:
  1. panaskan oven 175C dan gris loyang dengan butter. saya lapik dgn aluminium foil supaya senang nak angkat.
  2. dalam mangkuk besar, gaulkan butter, gula dan serbuk koko menggunakan senduk kayu.
  3. masukkan telur, susu dan vanilla. gaul sebati.
  4. masukkan tepung, bp dan garam. gaul sebati.
  5. masukkan wlanut dan coklat cip. gaul sebati.
  6. tuang kedalam loyang dan bakar 45minit.
  7. sebelum dihidangkan, boleh tabur dgn gula aising (terpulang) <-- nak letak tapi lupa!
verdict:
bau banana sungguh beraroma
tapi rasanya.. tunggu esok!

update:
saya pun bagi 5 bintang! tapi dengan tokok tambah serba sedikit drp resepi asal spt yg saya buat mcm ni <--

2 comments:

izahdaut said...

suka la kuih pisang2 n...

mrs plain-june said...

saya pun suka kuih2 berpisang :)

Related Posts with Thumbnails