Saturday, June 5, 2010

french yogurt cake



saya buat kek ni untuk dibawa kesekolah anak2
sempena sambutan teacher's day
buat 2 adunan
bakar sekaligus
tapi satu bijik tenggelam di tengah
sebab tak cukup masak
dah jadi rezeki saya agaknya :p

resepi amek dari alpineberry.blogspot.com

senang & cepat je buatnya
tak perlu mixer pun..
tapi saya guna jugak
sebab tepung berketul2
yogurt & telur baru keluar peti ais :p

bahan2:
  • 3/4cwn yogurt (plain)
  • 1cwn gula
  • 1sdb parutan kulit lemon (saya tak letak)
  • 3biji telur
  • 1 1/2cwn tepung
  • 2sdt baking powder
  • 1tbs poppy seed (saya letak 1 1/2tsp <-- no reason! saja2 :p)
  • 1/3cwn minyak canola
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C dan lapik loyang dengan kertas tekap
  2. dalam mangkuk besar, campur-gaulkan yogurt, gula dan parutan kulit lemon. tambah telur dan gaul sebati guna whisker.
  3. masukkan tepung, bp dan poppy seed dan gaul sebati guna sudip kayu.
  4. masukkan minyak dan gaul lagi. mula2 minyak macam takmau kawan.. tapi teruskan menggaul.. lama2 dia okay ;)
  5. tuang kedalam loyang dan bakar selama 30-35minit
glaze:
  • 1/4cwn jus perahan lemon (saya guna lemon jus dlm botol je)
  • 1/3cwn gula aising (saya guna 1cwn sbb lemon jus saya terlalu cair & sgt masam)
  1. tuangkan glaze keatas kek yang telah disejukkan.
  2. kalau gula aising kurang, kek akan terasa lebih masam.. dan akan lebih menyerap kedalam kek.. terpulang.. pilihan ditangan anda! :)
verdict:
saya suka!!
memang sangat sedap!!
abah makan 3potong jugak rasanya :D

No comments:

Related Posts with Thumbnails