Thursday, June 10, 2010

chocolate cheesecake bars

resepi asal adalah dari kraftfoods
dan tajuknya adalah white chocolate-raspberry cheesecake bars

saya kehabisan white chocolate
saya tak pernah beli raspberry
dan oreo pula habis di putar-jilat-celup oleh anak2

tapi teringin nak buat.. teringin nak rasa
dah lebih 2minggu rasanya..
dari sebelum saya 'terpaksa' berpantang lagi

hari ni baru hari ke-3 berpantang
saya rasa dah kuat..
kebetulan anak2 saudara datang kerumah
kebetulan tak ada apa nak dijamu..
kecuali karipap segera

peralatan: food processor, mangkuk besar, spatula, mixer, dulang 4segi 8inci, kertas aluminium
masa: penyediaan ~ 20minit, pembakaran ~ 30minit, penyejukan ~ 4jam
tahap: senang-sederhana

bahan2:
  • 12keping biskut oreo (saya guna biskut digestive)
  • 2sdb butter cair <-- betul2 cair tau!
  • 2oz white chocolate untuk inti (filling) <-- dicairkan
  • 1oz white chocolate untuk lapisan atas (saya tak buat)
  • 16oz cream cheese (2ketul)
  • 1/2cwn gula
  • 1sdk esen vanilla
  • 2biji telur
  • 1/3cwn raspberry preserve (saya guna blueberry filling)
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C dan lapik dulang pembakar dengan kertas aluminium dengan dilebihkan dikedua-dua hujung (supaya mudah angkat nanti)
  2. sekiranya cream cheese masih keras (baru keluar peti ais): didihkan air dalam periuk dan setelah mendidih, tutup api dan masukkan cream cheese. biar didalam periuk selama lebih kurang 10minit dan keluarkan dari periuk. cheese akan lembut! percayalah! ;)
  3. hancurkan biskut didalam food processor dan tambahkan butter cair. saya guna blender kering jadi.. kena buat sikit2 dan tuang kedalam mangkuk besar kemudian baru digaulkan dengan butter cair.
  4. tekan2 adunan biskut kedalam loyang sehingga rata dan bakar selama 4-6minit. sejukkan pada suhu bilik dan panaskan semula oven ke suhu 175C.
  5. cairkan 2oz coklat didalam microwave.
  6. pukul cream cheese, gula dan esen vanilla didalam mixer sehingga sebati.
  7. masukkan coklat yang telah dicairkan tadi.
  8. masukkan telur satu per satu dan gaul dengan menggunakan spatula sehingga sebati.
  9. tuang keatas biskut yang telah dibakar dan ratakan.
  10. bakar semula selama 24-28minit (saya putar 30minit)
  11. setelah siap, jangan keluarkan lagi.. buka sedikit (jarakkan) pintu oven dan biar selama lebih kurang 30minit baru keluarkan sepenuhnya.
  12. setelah sejuk pada suhu bilik, sapu topping dan masukkan kedalam peti sejuk selama 4jam
topping:
  • saya cuma sapu blueberry filling.. kalau nak guna jem strawberry pun boleh (memandangkan raspberry susah nak dapat dan sangat mahal!)
  • cairkan 1oz coklat dan paipkan/ drizzle keatas topping tadi (saya tak buat. suntuk sangat dah) masuk peti ais pun tak sampai 1jam :p
verdict:

rupa memang OUT! sangat tidak menarik sebab guna coklat warna coklat.. dan biskut dasar pula warna perang.. langsung tak menggiurkan :(
cik abe tanya: "umi buat sura ka ni?" huhuhu.. bubur asyura jadiknya :(
walaubagaimanapun, rasanya boleh tahan.. tak muak pun & puas hati sebab dapat buat dan makan juga akhirnya. Alhamdulillah.. :)
orang yang kata macam sura tu pun kata sedap ;)

No comments:

Related Posts with Thumbnails