Thursday, June 24, 2010

mystery mocha



bila kita berpuasa..
tengok menu itu ini
tengok resepi sana sini
semuanya rasa NAKKKK!!

dan pada hari ini..
resepi pelik ini asik terngiang2 dalam kepala
rupa huduh pun boleh saya minat!
saya akui.. saya memang mudah tergoda..
dgn ayat2 power dalam blog omputeh ni :p

maka.. sebaik pulang dari pejabat
saya tengok gaya sikecik dulu.. boleh tunggu susu tak?
dia nampak gembira berlari sana sini dan bermain2
maka bermulalah operasi mengeluarkan bahan2

peralatan: mangkuk besar, senduk kayu, mangkuk kecil, dulang 4segi 8inci (saya guna bulat 9inci)
masa: 15minit penyediaan, 40minit pembakaran
tahap: senang

bahan2:
  • 3/4cwn gula
  • 1cwn tepung
  • 2tsp baking powder
  • 1/8tsp garam (saya tak letak sbb guna butter biasa yg bergaram)
  • 1/2oz unsweetened cooking coklat (kalau beli hershey punya ada tulis 1 petak kecil=1/2oz)
  • 2tbs butter
  • 1/2cwn susu segar
  • 1tsp esen vanilla
  • 1/2cwn gula perang
  • 1/2cwn gula biasa <-- saya letak 1sdb saja
  • 4tbs serbuk koko (yang masakan punya)
  • 1cwn kopi pekat <-- saya bancuh kopi 434 dan letak gula sikit -- biar sejuk.
tatacara:
  1. ayak gula, tepung, bp dan garam kedalam mangkuk besar dan ketepikan dahulu.
  2. cairkan butter dan coklat dalam mangkuk kecil dalam microwave (dalam 40s)
  3. campurkan susu dan vanilla.
  4. tuang coklat dan susu secara selang seli kedalam adunan tepung.
  5. tuang adunan ke dalam dulang pembakar yang dah digriskan dengan butter.
  6. kat sini bermula kepelikannya: gaulkan gula perang, gula dan serbuk koko dan tabur keatas adunan yg dah masuk dulang tadi.
  7. kemudian tuang bancuhan secawan kopi keatas serbuk2 tadi. memang nampak pelik dan agak hodoh. abaikan saja..
  8. bakar selama 40minit pada suhu 175C.
  9. hidang panas bersama aiskrim atau whipped topping.


verdict:
huduh sungguh2!
sampai cik abe tegur.. eeiii.. apa ni?
nasib baik dia tak kata macam taik lembu!
hahaha..

tapi saya suka! :p
kena pulak dengan aiskrim! yumm!!

cumanya.. agak sukar utk mengautnya keluar dari loyang
rasanya lebih indah rupanya kalau guna pyrex 8x8
dan terus senduk dari situ..

lupa pulak.. benda alah ni saya kategori sbg puding saja
takdak rupa kek! dan sangat leceh nak dipotong.. senduk lagi senang!
so, lebih sesuai utk santapan sendiri daripada dijamu kpd kawan2..
jenohla cek nak perabih sorang2 ni!!

update:
dah licin!! anak2 suka rupanya.. terutama sikecik yg belum 2tahun tu..

2 comments:

Wa'ah said...

sebenarnya dia nak cari alasan nak beli pyrex baru :P

mrs plain-june said...

memang dah lama hajat nk beli.. tapi tak sanggup ke singapore lagi! dah ada less kat isetan.. tangkap terus!

Related Posts with Thumbnails