mood memasak pudar sepudar-pudarnya..
be it for lunch or for dinner
tapi nak kena masak jugak!
kesian anak2.. dpt ummi pemales :|
oleh sebab ke"tidak-ada-mood"an melanda
saya niat nak buat one-bowl dinner saja
dari awal dah keluarkan minced meat
tapi sampai lepas maghrib tak bergerak daging tu!
akhirnya buat resepi yang terjumpa dlm blog irmadilondon
alhamdulillah.. kenyang jugak budak2 tu semalam..
sumber: irmadilondon
sila klik link irma utk gambar step by step yang sgt menggiurkan!
Bahan-bahan :
- 500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang. <-- saya guna minced meat
- 1 labu bawang besar - didadu
- 3 ulas bawang putih - dicincang
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung ) <-- saya guna buncis + jagung
- 1 tin tomato yang dicincang <-- saya guna 1/2tin tomato sup + tomato buah.
- 1 sudu teh mixed herb
- 1 sudu besar tepung gandum
- 3 sudu besar air
- Minyak zaitun untuk menumis
- 1 kiub ayam <-- guna suku kiub lembu
- 2 biji cili dipotong nipis. <-- setengah bijik sbb budak2 tak suka cili..
- Garam
- 5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
- Keju Mozarella <-- saya campur dgn cheddar utk mencukupkan taburan
- Parsley. Takda pun tak pa.
Cara-Cara :
Bismillahirrahmanirrahim..
- Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.
- Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.
- Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.
- Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
- Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.
- Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.
- Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan.
- Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh.
- Bakar dengan suhu 180’C selama 50 minit atau 1 jam. <-- saya bakar 30min ja sebab anak2 dah kelaparan :p. lagipula kentang saya hiris sgt nipis (guna sllicer).. insyaallah dah cukup masak.
- Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang. Kalau takda pun tak apa.
lain kali boleh buat lagi.. insyaallah..
5 comments:
ju
dah lama i nak buat hotpot potatoes ni tp tk buat2 lg... tengok u buat ni mcm tk sabar pkak nk buat mlm ni hihi
resepi ni pun dah lama peram sebenarnya :p
ziarah n follow..salam perkenalan
salam kenal sis yanie :)
kak..
mmg seap!!
aku dgn ara tak benti - benti makan...
yum yum yum!
tq for the resepi!
Post a Comment