Friday, August 5, 2011

puding roti horlicks

asal2 ternampak puding karamel coffeemate kat kongsiresepi.com
kelik kat situ, terus masuk ke dapur hasue
nampak pulak link puding roti horlicks ni
langsung teringatkan horlicks yg tak disentuh kat rumah tu..
anak dara beriya sangat suruh beli horlicks alih2 dia minum secawan ja!
adik2 dia mmg sorry-lah.. milo pun jarang2 sekali.. apatah lagi susu!
depa cuma minum fresh milk/ low fat milk dlm kotak ja..
agaknya dah terbiasa dari kecik kot? tak besa minum susu tepung..

stok bahan mentah dlm peti ais dah zero.
bila diskas dgn budak2 yg berpuasa.. depa nk makan roti nan
ok. that will be our iftar menu. itu saja. dessert apa pun takdak
macam tu lah kami berbuka setiap hari.. macam dinner pada hari biasa
kebiasaannya makan nasik + 3 atau 4 jenis lauk. dessert = 0
kalau ada dessert pun, hasil sedekah jiran2 dan kak shidah :D
bila dah tak masak, masa menunggu utk iftar terasa begitu laaaaama..
sudahnya godek2 kejap buat puding ni..
sebab nak utilise horlicks & roti yg dah hampir tamat tempoh!
esok boleh bawak p rumah mak :)

makasih hasue! selamat sudah horlicks ku ;)

sumber: sue-hasue
BAHAN A
  • 13g agar-agar <-- saya guna agar2 serbuk
  • 660ml air <-- air 3 3/4cwn
  • 200g gula <-- saya letak 1/2cwn
  • 60g mentega <-- nehi!!!! i ter'forget'!!!
BAHAN B
  • 3 keping roti putih-dikoyak2kan
  • 3 biji telur ayam
  • 1 tin(400ml) susu cair/sejat
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • Esen vanilla—1 penutup botol
  • 100g horlicks <-- lebih krang 1/2cwn rasanya..

Cara2:
  1. Masak bahan2 A sehingga gula cair dan adunan mendidih,masukkan mentega. Kacau sehingga cair
  2. Masukkan bahan B ke dalam blender dan kisar sehingga halus dan terus masukkan ke dalam periuk berisi adunan A.
  3. Sentiasa kacau supaya sehingga mendidih sepenuhnya.
  4. Tuang ke dalam acuan/Loyang yg dibasahkan terlebih dahulu.
  5. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk..potong dan hidangkan.Selamat mencuba!
try test letak choc syrup - manehnya! makan camtu ja lagi sedap!

verdict:
walaupun lupa letak marjerin, tetap lemak berkrim. disukai sikecik :D

2 comments:

Sizuka said...

Ju, I'm baking the hershey's brownies now but I made few alteration to the recipe.

err.. ayat terakhir tu, boleh jadi tagline untuk iklan horlicks. hahahah..

mrs plain-june said...

haha.. marah horlicks nnti.. diorang suruh minum saya pudingkan je :p

Related Posts with Thumbnails