how was your fasting so far?
semoga semuanya dapat berpuasa dalam ertikata sebenar..
semoga semuanya mendapat keampunan dan pahala berganda2 daripadaNya..
semoga semuanya mendapat rahmah & barokah daripadaNya..
ameen.. ya rabbal 'alameen..
semalam saya buat brownies ni sebab malu kat kak shidah!
hehe.. kak shidah kol suruh singgah rumah utk amek sekaya..
tapi saya cuti & kak shidah nak hantar ke rumah nanti..
and yet i have nothing to give in return! malu sungguh!
itu yg bangun (tengah tidur :p) terus selongkar resepi
lagipun memang dah niat nk buat brownies
sebab nak habiskan adunan cream cheese yg buat utk banana split brownies
ok. lepas ni mungkin buat brownies utk raya saja :p
brownies ni dah pernah buat dulu.. dan budak2 sgt suka!
tapi maknya ni dah lupa macam mana la rasa brownies ni..
pada pendapat
sumber: hersheys
bahan2:
- 1/2cwn butter, dicairkan (~113g)
- 1cwn gula <-- saya letak 3/4cwn
- 1sdk esen vanilla
- 2 biji telur
- 1/2cwn tepung
- 1/3cwn serbuk koko
- 1/4sdk baking powder
- 1/4sdk garam <-- saya letak extra secubit sbb guna unsalted butter. tak perlu pun! huhuhu..
- 1/2cwn kekacang dipotong kecil (optional) <-- saya tak letak
- creamy brownies frosting <-- saya tak buat sbb dah lorek2 dengan adunan cream cheese
tatacara:
- panaskan oven ke 175C dan gris loyang empat segi bersaiz 9 inci (saya guna loyang 8 inci).
- sebatikan butter, gula dan vanilla. masukkan telur dan gaul sebati.
- sebatikan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. tuang kedalam adunan butter dan gaul sebati.
- tuang kedalam loyang dan bakar selama 20-25minit (saya bakar selama 35minit sebab guna loyang kecil dan ada tambah adunan cream cheese)
- tambahan jika ada adunan cream cheese: tuang cream cheese keatas adunan brownies dan lorek menggunakan hujung pisau atau lidi kemudian baru bakar.
nota:
resepi omputeh ni mmg kebanyakannya guna unsalted butter. patutnya saya dah faham.. kalau takdak tulis salted or unsalted drp resepi omputeh, they normally use unsalted butter. maka, ikut sahaja jumlah kandungan garam seperti yang termaktub dalam resepi.
kalau nak guna buttercup (butter biasa yg bergaram) sila kurangkan jumlah garam dlm resepi.
tak pasal termasin brownies-ku itu! huhuhu..
No comments:
Post a Comment