Saturday, August 13, 2011

puding karamel coffeemate

rasanya dibulan puasa ni tayang menu puding je la kot?
resepi lauk pauk segan nak tayang.. tak semenggah mana
kalau tak kari ikan, kari udang. kadang2 buat ikan taucu
bila cuba beralih rasa buat nasik daging, nasik beriyani tomato
kurang mendapat sambutan! huhuhu..
anak2 mmg tak minat nasik berperisa agaknya
nasik arab pun depa say NO!
tapi dalam NO tu.. kalau dah takdak apa, makan jugak!
cuma tak bertambah sakan mcm makan lauk kari :|

melalut pulak! lepas gian dpt sentuh laptop :p
padahal mata dah pedih dah..
jap. kejap ja ni.. nk c&p resepi ja..


ni ja yg tinggal utk posing

sumber: sue-hasue
Bahan2:
  • 1 tin susu sejat (400ml)
  • 4 biji telur ayam(size B atau C)
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar creamer coffeemate
  • sedikit esen vanila
Karamel
  • 50g gula <-- saya guna 1/4cwn gula pasir
  • 2 sudu besar air <-- saya guna 1/4cwn air panas
  • 2 sudu besar air panas
Cara2:
  1. Sediakan karamel. Panaskan 50g gula dan 2 sudu besar air sehingga perang. Bila dah perang, padamkn api dan masukkan 2 sudu besar air panas. Kemudian tuang karamel ke dalam acuan tahan panas. <-- saya terus masukkan 1/4cwn air panas kedalam periuk lps gula dah jadi perang.
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur putih kuning bercampur. Tapi jangan sampai berbuih.
  3. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan susu dengan api sederhana sehingga suam-suam kuku atau hampir mendidih. Kacau biar gula larut sepenuhnya. Lepas itu masukkan creamer. Kacau sehingga semuanya larut. <-- Tutup api dan masukkan esen vanilla sekali dan tuang/ masukkan kedalam adunan telur.
  4. Tapiskan adunan ke dalam acuan yg berisi karamel tadi.
  5. Bakar menggunakan kaedah bain marie. (letak bekas puding tadi di dalam bekas yg lebih besar yg berisi air panas)-seperti mengukus di dalam oven
  6. Bakar selama 30 minit bergantung kepada saiz bekas dan ketebalan puding tadi.. <-- saya guna suhu oven 180C dan bakar 30minit
  7. Puding yg masak akan keperangan di atasnya..sejukkan dan simpan dalam peti sejuk
pestaim buat puding karamel. yahu! menjadi! alhamdulillah......
mekasih banyak2 sue!!!
selagi coffeemate tu tak abih, bleh buat lagi ;)

No comments:

Related Posts with Thumbnails