Tuesday, August 23, 2011

cornflakes madu

pertama kali saya buat biskut raya sendiri adalah tahun lepas.
tapi masa tu sikecik baru 1thn setengah.. asik nak nyusu ja..
dan bibik pulak balik kampung sebulan.. lagilah sikecik merengek2
bukan setakat rasa mcm tak cukup kakitangan.. badan pun mcm flatbread!
cukup kagum dgn ibu2 yg dok rumah manage anak2 sendirian
lepas tu siap buat biskut macam2 jenis.. kek macam2 lapis!
memang tabik spring!

akibat drp ketidaksempurnaan fizikal dan mental pada ramadhan thn lepas,
ada sejenis dua biskut yg tak di upload ke dlm blog ni
antara yg tertinggal adalah biskut cornflakes madu ni
skali fikir, malu pulak nk letak dlm blog
tapi bila ingatkan balik niat asal utk simpan resepi
perasaan malu saya ketepikan dulu..
esok2 ni nak cari takdelah menggagau mcm smlm :p



sumber: kak hanieliza
Bahan A 
  • 150 gm butter 
  • 90 gm gula kastor 
  • 5 s/b madu 
Bahan B
  • 250 gm cornflakes [ramaskan sikit] 
  • 100 gm coklat chips <-- tak letak pun :p
  • 100 gm badam cincang panggang <-- saya ganti dgn honey stars
Hiasan
  • paper cup kecil 
  • coloring rice atau coklat rice 
Cara
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. 
  2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata. 
  3. Sudukan dalam paper-cup kecil. 
  4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice 
  5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170’C selama 8-10 minit. 
  6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
tahun lepas saya bawak balik sebalang ke rmh ibu mertua.. 
tak sempat raya dah licin :p
pakat layan makan sambil2 sembang & tgk tv :)

yg ni utk staffs di opis. resepi ruth wakefield

2 comments:

zarin said...

jue
at ths moment pon i tgh bake ths cornflakes madu... sebabnya dah janji ngan anak buah, if dia puasa penuh, i nak bg satu balang besar honey cornflakes kat dia hihi...
pastu, hasya pulak mintak satu balang besar jugak...
actually kan, every raya i kena buat cornflakes ni baaanyak banyak sbb FIL i pun sukak

Unknown said...

wah! sambutan hebat tu! hehe.. jenoh jugak dok ulang bakar kan? btw, thank u for the tart! gebu betoi! dah licin sikecik makan. bila berderai2 diorang main tabur2 atas kepala. huhuhu..

Related Posts with Thumbnails