Friday, July 9, 2010

cheesecake squares

nama macam grand... tapi ciskek biasa saja ni..
cuma dibakar dalam loyang 4segi dan dipotong 4segi
maka jadilah cheesecake 4segisama :p

saya buat utk santapan staff slps meeting nnti
malam tidur tak lena sebab dah plan nk buat semalam
tapi sikecik mengamuk2 susah nak tidur
layan sampai dia tidur.. dgn mak dia skali hanyut..

pagi td sblm azan subuh dah mula operasi
rasanya lebih mudah buat ciskek squares ni
daripada ciskek yang saya pernah buat sblm ni

peralatan: mangkuk sedang. mixer/ blender, loyang 4segi sama (rekemen guna 9x13 tp saya guna 8x8)
masa: penyediaan ~ 20minit, pembakaran 20minit.
tahap: senang

bahan2:
dasar:
  • 2cwn biskut digestive, dihancurkan
  • 2sdb gula
  • 113gm butter, dicairkan <-- betul2 cair!
filling:
  • 2 creamcheese 8oz (saya guna 1 setengah ketul <-- itu ja yg ada), dilembutkan
  • 1/2cwn gula
  • 1sdb jus lemon
  • 1sdk parutan kulit lemon (saya tak letak <-- yilek)
  • 1sdk vanilla
  • 2biji telur besar
tatacara:
  1. panaskan oven ke 160C dan alas loyang dgn aluminium foil (supaya senang nak angkat dan potong)
  2. dasar: dalam mangkuk sedang, hancurkan biskut (saya guna batu tumbuk) dan campurkan gula kemudian baru masukkan butter cair.
  3. tekankan adunan/ campuran tersebut ke dasar loyang. nak bagi rata.. tekan dengan tapak gelas. bakar selama 10minit. (sebab saya guna loyang kecil.. saya bakar 20minit)
  4. dah "ting!", keluarkan dan biarkan pada suhu bilik. naikkan suhu oven ke 175C.
  5. filling: dalam mixer/ blender, pukul creamcheese sampai lembut (smooth).
  6. kemudian, masukkan gula, jus lemon dan vanilla. pukul sebati.
  7. masukkan telur dan gaul sebati (sekejap je.. tak perlu lama2).
  8. tuang ke dalam loyang dan bakar selama 20minit (saya bakar 35minit).
  9. biar pada suhu bilik sebelum disejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.
  10. dah keluar peti sejuk baru potong 2inci (saya potong sukahati :p) dengan menggunakan pisau paling tajam yang ada dirumah :p
  11. sebelum potong boleh dilapisi blueberry topping atau apa2 yg disukai..
verdict:
just nice :)
agak2 kalau buat saiznya (nipis) sebijik mcm dlm joyofbaking ada beza tak?

Thursday, July 8, 2010

kopi434 muffins

kebiasaannya sblm saya mula prosedur membakar
saya akan study resepi berulang kali
sambil menconteng2 kertas resepi..
sampai boleh imagine cara pembuatannya

dan saya akan keluarkan kesemua bahan2
baru mula operasi timbang-timbangan
tapi pagi tadi.. dalam pening2 berat kepala
saya buat jugak mocha muffins ni..
sebab dah plan nak buat utk breakfast
7.10am mula operasi, 8.05am bunyi "ting!'
tanpa mengeluarkan kesemua bahan
saya prepare bahan basah dulu..
mula2 buat buttermilk - panaskan sikit susu yg br keluar dr peti, campur cuka
lps tu buat kopi - rendam 1 uncang kopi 434 sekejap dan masukkan dlm peti
kemudian baru sukat bahan kering

dah selamat masuk oven baru rasa macam ada yang tak kena
kenapa nama mocha tapi takdak koko??
rupa-rupanya tertinggal serbuk koko!!!!
hahahahaha.. maka jadiklah ia kopi434 muffins
:p


peralatan:
2 mangkuk sedang, spatula, whisker, loyang muffin & muffin cups
masa: penyediaan ~ 30minit, pembakaran ~ 20-25minit
tahap: senang

bahan2:
  • 3biji telur besar (gred A)
  • 1cwn buttermilk <-- 1cwn susu dicampur dgn 1sdb cuka
  • 3/4cwn minyak canola
  • 1/2cwn kopi pekat, pada suhu bilik
  • 1sdk vanilla
  • 1 1/2cwn tepung biasa (plain/ gandum)
  • 1 1/4cwn tepung whole wheat
  • 1/3cwn serbuk koko <-- saya tertinggal!!! :p
  • 1cwn gula perang
  • 1tsp baking soda
  • 1/2tsp baking powder
  • 1/2tsp garam
  • 1cwn walnut cincang kasar <-- beli yg siap cincang senang keroje ;)
  • 1cwn chocolate chips and or white chips ( & kalau jumpa cappucino chips sila letak)
tatacara:
  1. mula2 saya sediakan buttermilk dan kopi dulu..
  2. panaskan oven ke 190C dan alas muffin pan dgn muffin cups
  3. dalam satu mangkuk sedang, gaulkan bahan2 basah: telur, minyak, buttermilk, kopi dan vanilla dengan menggunakan whisker.
  4. dalam mangkuk lain, gaul-sebati bahan2 kering: kedua-dua tepung, serbuk koko, gula, bs, bp, walnut dan choc chips menggunakan spatula. buat lubang ditengah2 (macam kolam).
  5. dengan spatula tadi, gaulkan bahan basah ke dalam bahan kering sampai agak sebati. jangan lama2 nanti muffins jadi keras.
  6. cedok kedalam acuan dan bakar 20-25minit (saya bakar 25minit sbb acuan dalam). nak pastikan dah masak.. cucuk muffins dgn lidi.. kalau lidi keluar bersih maka dah masak molek dah tu..
verdict:
walaupun tanpa serbuk koko..
tetap menyelerakan terutama masa masih panas2!
makan seketul pun dah kenyang
boleh buat lagi ni ;)

Wednesday, July 7, 2010

sacher torte

akhirnya.. sacher torte menjadi pilihan saya
untuk dijadikan besdek kek cik abe (bukan pilihan cik abe :p)
tapi besdey kek terlewat 2hari daaa...


kek ini asalnya dari vienna.. dah glamer sejak 175tahun dulu!!
dan resepinya adalah rahsia!!!
yang saya dapat dari en. joepastry ini
dia katakan menghampiri yang asli :)

nak ke vienna sendiri entah bila..
kalau pergi pun macam tak berani je nak makan
sebab kek orang puteh byk letak alcohol
boleh baca sejarah kek ni disini dan juga dari cik wiki

peralatan: mixer, mangkuk sedang, spatula, springform 10inci (saya guna 9inci), periuk kecil
masa: penyediaan: saya yang lembab ambil masa 45minit (kes nak asingkan telur :p), pembakaran: 15min+ 35~45minit
tahap: sederhana

bahan2:
sponge kek:
  • 5 ½ oz coklat pahitmanis
  • 5 ½ oz butter
  • 7 oz (1 cup) gula
  • 2 ½ sdk esen vanilla
  • 5 oz kuning telur (~10biji gred B)
  • 1 biji telur
  • 7 oz putih telur (~8biji gred B)
  • 5 ½ oz tepung kek - diayak
  • apricot jam, diproses (food processor) hingga hancur <-- saya guna apricot glaze
the glaze:
  • 7 oz gula
  • 3 oz air
  • 6.5 oz coklat pahitmanis
tatacara:
  1. alas loyang springform dan gris dan tabur tepung pada dasar dan dinding loyang.
  2. panaskan oven ke 160C dan letak rak pada bahagian terendah.
  3. cairkan coklat dalam microwave 10saat - kacau - 10saat - kacau - sampai cair dan biarkan sejuk tapi masih boleh mengalir.
  4. pukul butter bersama 1/4cwn gula (drp 1cwn td) hingga kembang dan warna pucat.
  5. masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan akhir sekali masukkan sebiji telur. gaul sebati.
  6. masukkan esen vanilla. gaul sebati.
  7. tuang coklat kedalam adunan butter-telur dan pukul pada kelajuan sederhana. biarkan dahulu. <-- dinamakan chocolate buttercream
  8. pukul putih telur sampai berbuih2 dan masukkan baki gula (3/4cwn) dan pukul hingga puncak lembut (soft peaks) terhasil. <-- dinamakan meringue
  9. dengan lemah lembut, kaupbalik 1/3 meringue kedalam buttercream hingga hampir sebati. masukkan tepung yang telah diayak ~ 1/3drp keseluruhan tepung. kaupbalik hingga sebati.
  10. ulang langkah 9 hingga akhir/ habis meringue & tepung.
  11. tuang adunan kedalam loyang dan bakar 15minit dengan keadaan pintu oven sedikit terbuka (selit sudu kayu pada pintu oven).
  12. sambung bakar 35-45 minit dengan keadaan normal (pintu oven tutup rapat) <-- saya bakar 45minit sbb guna loyang kecil.
  13. biarkan sejuk sblm dikeluarkan drp loyang dan dipotong horizontal kpd 2bhg. <-- sepupu cik abe tlg potong.. dia buat 3bahagian! wooohoooo!!! suke!!
  14. sapu apricot jem/ glaze pada lapisan bawah dan tangkup lapisan atas dan sapu lagi ke keseluruhan kek.
  15. biarkan sejuk dalam peti sejuk selama 1jam (saya biar semalaman :p)
  16. sediakan glaze: dalam periuk kecil, didihkan air + gula dan masukkan coklat dan kacau dengan api kecil.. hingga kembali mendidih.. dah didih, tutup api.. dan teruskan mengacau sampai agak sejuk (joepastry kata suhu ~ 150C).
  17. tuang glaze keatas keseluruhan kek. kena cepat2 sbb glaze akan mengeras dan bila dah keras akan jadi tak lawa ~ a bit patchy here & there.
verdict:
satu kelainan pada kek ni: aprikot glaze.
kek ni tak rasa coklat sangat. tp tetap sedap!
dan.. kek ni mantop!! tapi lembut.. cemana tu? kena cuba sendiri ;)
agak manis toppingnya (mungkin boleh kurangkan gula esp kalau guna dark choc compound instead of bittersweet choc <--macam sama je?)
sangat puas hati sebab dapat buat dan..
dapat merasa kek glamer pilihan golongan aristokrat dulu2.
Alhamdulillah...

Friday, July 2, 2010

julia child brownies

saya memang minat makcik julia nih..
sejak tengok cerita julie&julia..


kepingin jugak nak cuba resepi dia..
tapi tak pernah terlintas nak mencari
minggu lepas terjumpa resepi browniesnya
saya buat pagi tadi utk bekalan ke perhentian nanti

peralatan: mangkuk besi, spatula, mixer, loyang 9x9 (saya ada & guna 8x8)
masa: penyediaan ~ 20minit, pembakaran: 20-25min
tahap: sederhana

bahan2:
  • 1 1/4cwn tepung
  • 1sdk garam
  • 8oz butter tanpa garam
  • 4oz unsweetened chocolate (coklat masakan) - dicincang halus
  • 2oz coklat pahit (saya guna dark choc) - dicincang halus
  • 2cwn gula
  • 1sdk esen vanilla
  • 4biji telur
tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C. loyang tak perlu gris.
  2. ayak tepung dan garam dan ketepikan dulu.
  3. cairkan butter bersama2 coklat dalam periuk kecil dan kacau supaya coklat tak 'masak' (saya guna teknik double boil ~ pepandai sendiri tapi saya tak perlu risau coklat terlebih masak/ panas).
  4. masukkan gula 1cawan kedalam adunan coklat. jauhkan/ keluarkan dari api dan masukkan esen vanilla. gaul sebati.
  5. dalam mangkuk yang berasingan, campurkan baki 1cawan gula dengan telur dan kacau guna whisker.
  6. masukkan separuh adunan telur tadi kedalam adunan coklat perlahan2, sedikit demi sedikit. gaul sebati.
  7. baki adunan telur tadi dipukul dengan mixer sampai kembang dan naik 2x ganda (~3minit).
  8. kaupbalikkan adunan telur yang telah dipukul kedalam adunan coklat dengan penuh kelembutan wanita sejati..
  9. dah sebati.. tuang kedalam loyang dan bakar selaam 20-25min. saya bakar 35minit sebab guna loyang kecil.
nota:
cara pembuatan agak renyah kalau dibandingkan dengan brownies lain..
tapi bagi saya.. worth the effort!
lebih sedap kalau dimakan directly out of fridge!

verdict:
brownies paling fudgy & chocolate-y!
sangat padat rasa coklatnya.. yummyumm!
pandai makcik julia ni rekacipta resepi..


p/s: tak sempat snap sbb 3/4dah tapau.. baki dah licin bila balik

lemon poppy seed quickbread



semalam cik abe dah beli lauk utk berbuka
jadi, tak perlu nak masak dah.. ;)
sempatlah nak godek2 dapur..
siaplah quickbread ni masuk oven sblm azan maghrib
slps siap berbuka & kemas2, bunyi "ting!"

quickbread ni macam kek jugak
rasa pun macam butter kek
cuma dibakar dlm loaf pan
loyang yg guna utk bakar roti
memang senang!

peralatan: mangkuk sedang, whisker, mixer, loafpan 8x4 (9x5 pun boleh)
masa: 20min penyediaan, 55-60min pembakaran, 10-15min solekan
tahap: senang-sederhana

bahan2:
  • 3biji telur besar
  • 1 1/2sdk esen vanilla
  • 1/4cwn susu
  • 1 1/2cwn tepung
  • 1sdk baking powder (bp)
  • 3/4cwn gula
  • 1/4sdk garam (kalau guna buttercup letak 2cubit je)
  • 1sdb parutan kulit lemon <-- saya x sempat beli lemon :(
  • 3sdb biji poppy <-- saya letak 1 1/2sdb saja
  • 185gm butter yang telah dilembutkan (kalau baru keluar peti ais.. panaskan dlm microwave 20~25s)
*lemon syrup: 1/4cwn jus lemon + 1/3cwn gula

tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C dan gris loaf pan dan lapik dgn kertas pada dasar & tepi (keliling) dan gris & tabur tepung keatas kertas (saya cuma lapik kertas).
  2. dalam mangkuk sedang, pukul telur, esen dan susu (pastikan pada suhu bilik) dgn whisker.
  3. dalam mixer, gaulkan tepung, bp, gula, garam, parutan lemon dan biji poppy.
  4. masukkan kesemua butter lembut dan separuh adunan telur dan pukul dgn kelajuan rendah. dah sebati baru naikkan ke kelajuan sederhana dan pukul selama 1minit.
  5. kurangkan kelajuan dan masukkan baki adunan telur dalam 2 peringkat. slps 1peringkat, pukul 30s dan slps peringkat kedua (penghabisan) pukul lg 30s.
  6. tuang aduna kedalam loyang dan bakar 55-60s.
  7. selepas 30minit, tutup loyang dengan kertas aluminium utk mengelakkan bahagian atas jadi terlalu hitam & kering.
*sementara kek siap, didihkan jus lemon dengan gula - untuk solekan
  1. setelah "ting!", keluarkan kek dan cucuk2 bahagian atas kek dengan lidi.. & tuang lebihkurang separuh sirap lemon keatas kek (saya guna sudu besar.. tabur sikit2)
  2. biarkan kek sejuk dalam loyang dalam 10-15minit.. kemudian keluarkan dari loyang dan sapu baki sirap keseluruh bahagian kek.. bawah, tepi , atas, kiri & kanan sampai habis sirap lemon tu.
  3. biarkan kek sejuk dan balut dgn plastik clingfilm dan simpan semalaman sebelum dihidangkan.
verdict:
uuu.. sedap!!!!!!!!
tekstur kek mcm butter kek
tapi sapuan sirap lemon membuatkan kek ni sangat spesial
saya sukak!
:)

oh! this is my 100th post!!
meaning.. dah lebih dr 100 resepi dah dicuba..
hmm.. kemana saya selepas ini??

chocolate oatmeal cookies

seperti yang dirancang
saya dah pun buat cookies ni
tapi bukan rabu malam..
malam tu keletihan sangat2..

saya buat pagi khamis..
slps sahur.. slps hantar sepupu ke lrt
dlm 7am baru mula operasi
tapi bahan2 dah keluarkan awal2 lagi

resepinya:
  • 90g butter - dilembutkan ke suhu bilik
  • 25g gula castor
  • 25g gula perang
  • 1biji telur - dipukul sedikit
  • 1tsp esen vanilla
  • 1/4tsp garam
  • 100g tepung serbaguna (gandum pun boleh)
  • 100g rolled oats
  • 50g walnut - dicincang halus
  • 20g dark semi-sweet chocolate - dicincang halus
  • 60g mini chocolate chips
tatacara:
  1. panaskan oven ke 190C dan alas baking tray dgn kertas.
  2. pukul gula & butter hingga kembang dan warna pucat
  3. masukkan telur. gaul sebati.
  4. masukkan garam dan esen vanilla. gaul sebati.
  5. ayak tepung kedalam adunan dan kaup balik guna spatula.
  6. masukkan walnut, coklat dan coklat chips. gaul sebati guna spatula.
  7. jatuhkan atas baking tray guna sudu besar, jarakkan sedikit antara cookies tersebut.
  8. bakar 8-10minit (saya bakar 15minit).
nota:
saya cuba dollop guna sudu kecil
walaupun dalam hati dah terlintas
baking soda & powder lgsg takdak nih..
macam takkan kembang setaman ja cookies ni??

tepat sekali katahatiku itu..
ada separuh adunan lagi..
boleh dollop guna sudu besar nanti.. lawa la sikit!
tapi dah tak sempat nak bakar sebab dah 8am
--> time to head the office!

saya simpan baki adunan dalam peti ais
balik dari ofis saya nak sambung pembakaran
tapi pembantu saya dah siap bakar semua!!!!!!!!
tidakkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
"apa ibu tidak mau saya bakar semuanya???"
hellllooooo!!! i never told u to do so!!!
ni la yg org kata.. bila cerdik pun susah!


kesemua cookies jadi besaq sikit ja dr ibu jari
udahla dollopannya huduh!!! huhuhuhu..
takpa.. do think positive junot..
senang nak pelup masuk mulut..
skali pelup ja.. dah selamat..
x perlu risau berterabur sana sini
;)

Thursday, July 1, 2010

our birthday cake

yang masih dalam mimpi..
:p




saya rasa macam nak buat sachertorte
utk birthday encik suami mggu depan
kena stadi dulu dari encik joe & CH

dah 2x buat chocolate torte & encik suami suka
tapi, saya rasa dia lagi suka kek baru kat SR
pecan butterscotch cake & blueberry cheesecake
tapi bini dia tak pandai buat :(
jumpa resepi pn.martha.. mak aii.. renyah sungguh!
--very the time consuming!!
kacang pekan tu pun dah lama xdak stok di bagusbakery

yang ni pulak saya teringin nak buat utk birthday seniri
selang seminggu dgn encik suami ;)
nanti2lah kot? slps birthday pun boleh..

ataupun.. buat german chocolate cake?
dah lama dok belek dalam buku bettycrocker
tapi takdak kacang pekan la pulak!
dah.. dah.. saya dah mula ghaplah dah!

alah.. susah2 buat chocolate cake je la..
kebetulan tengah mencari resepi chocolate moist cake..
rasanya nak cuba resepi dari fp pn.rinnchan
ish.. rasa mcm nk terai buat black magic cake la pulak..
sebab yang buat hari tu utk kawan x rasa pun..

alamak! terjumpa chocolate gateau lah!!
hmm.. yang mana satu ni???
mmg ghaplah jingga sungguh!
tengoklah nanti macam mana..
yang dah ada dalam list pun belum execute..
:-<



Related Posts with Thumbnails