semalam cik abe dah beli lauk utk berbuka
jadi, tak perlu nak masak dah.. ;)
sempatlah nak godek2 dapur.. siaplah quickbread ni masuk oven sblm azan maghrib
slps siap berbuka & kemas2, bunyi "ting!"
quickbread ni macam kek jugak
rasa pun macam butter kek
cuma dibakar dlm loaf pan
loyang yg guna utk bakar roti
memang senang!
peralatan: mangkuk sedang, whisker, mixer, loafpan 8x4 (9x5 pun boleh)
masa: 20min penyediaan, 55-60min pembakaran, 10-15min solekan
tahap: senang-sederhana
bahan2:
- 3biji telur besar
- 1 1/2sdk esen vanilla
- 1/4cwn susu
- 1 1/2cwn tepung
- 1sdk baking powder (bp)
- 3/4cwn gula
- 1/4sdk garam (kalau guna buttercup letak 2cubit je)
- 1sdb parutan kulit lemon <-- saya x sempat beli lemon :(
- 3sdb biji poppy <-- saya letak 1 1/2sdb saja
- 185gm butter yang telah dilembutkan (kalau baru keluar peti ais.. panaskan dlm microwave 20~25s)
*lemon syrup: 1/4cwn jus lemon + 1/3cwn gula
tatacara:
- panaskan oven ke 180C dan gris loaf pan dan lapik dgn kertas pada dasar & tepi (keliling) dan gris & tabur tepung keatas kertas (saya cuma lapik kertas).
- dalam mangkuk sedang, pukul telur, esen dan susu (pastikan pada suhu bilik) dgn whisker.
- dalam mixer, gaulkan tepung, bp, gula, garam, parutan lemon dan biji poppy.
- masukkan kesemua butter lembut dan separuh adunan telur dan pukul dgn kelajuan rendah. dah sebati baru naikkan ke kelajuan sederhana dan pukul selama 1minit.
- kurangkan kelajuan dan masukkan baki adunan telur dalam 2 peringkat. slps 1peringkat, pukul 30s dan slps peringkat kedua (penghabisan) pukul lg 30s.
- tuang aduna kedalam loyang dan bakar 55-60s.
- selepas 30minit, tutup loyang dengan kertas aluminium utk mengelakkan bahagian atas jadi terlalu hitam & kering.
- setelah "ting!", keluarkan kek dan cucuk2 bahagian atas kek dengan lidi.. & tuang lebihkurang separuh sirap lemon keatas kek (saya guna sudu besar.. tabur sikit2)
- biarkan kek sejuk dalam loyang dalam 10-15minit.. kemudian keluarkan dari loyang dan sapu baki sirap keseluruh bahagian kek.. bawah, tepi , atas, kiri & kanan sampai habis sirap lemon tu.
- biarkan kek sejuk dan balut dgn plastik clingfilm dan simpan semalaman sebelum dihidangkan.
verdict:
uuu.. sedap!!!!!!!!
tekstur kek mcm butter kek
tapi sapuan sirap lemon membuatkan kek ni sangat spesial
saya sukak!
:)
oh! this is my 100th post!!
meaning.. dah lebih dr 100 resepi dah dicuba..
hmm.. kemana saya selepas ini??
No comments:
Post a Comment